Gambar kemalangan kereta Zizan adalah palsu - Pembantu peribadi

Astro Awani
Mac 18, 2015 10:53 MYT
Gambar kemalangan sebuah kereta Ferrari F430 yang didakwa milik pelawak Zizan Razak dilaporkan palsu. -Gambar Carlist.my
GAMBAR kemalangan sebuah kereta Ferrari F430 yang didakwa milik pelawak Zizan Razak adalah palsu.
Pembantu peribadi pelakon dan pelawak berkenaan, Izwan, berkata gambar dan artikel mengenai kemalangan itu adalah tidak benar kerana kereta Zizan hanya terbabas sedikit dan hanya kerosakan kecil yang berlaku.
"Gambar-gambar yang tersebar tentang Ferrari kuning itu bukan milik Zizan. Selepas kecoh cerita kemalangan itu, banyak berita dan gambar palsu yang dikeluarkan," katanya dalam satu laporan oleh mStar Online.
Kemalangan kereta Ferrari yang didakwa milik Zizan Razak - Gambar Carlist.my
Sebelum ini kereta Ferrari yang dipandu Zizan Razak mengalami kerosakan kecil selepas melanggar pembahagi jalan ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama di Putrajaya, pada petang Selasa lapor portal itu.
Dalam laporan sama, Zizan dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihaknya masih belum membuat laporan polis berhubung insiden itu.
Zizan juga pada Rabu telah memuat naik gambar di Instagramnya yang menyatakan dia berada dalam keadaan baik.
#cedera #Ferrari #kemalangan #kerosakan kecil #pembahagi jalan #Zizan Razak