Gandingan 'Cinta Syurga' CTDK dan Khai Bahar menjadi!

Atiqah Ismail
Mei 29, 2018 06:51 MYT
Lagu Cinta Syurga gandingan Datuk Siti Nurhaliza dan Khai Bahar terus trending di YouTube. -Foto Youtube DatoSNHaliza
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini kembali dengan lagu terbaharunya, Cinta Syurga selepas selamat melahirkan cahaya mata pertama, Siti Afiah pada 19 Mac lalu.
Lagu Cinta Syurga yang diilhamkan dari melodi Si Comel Pipi Merah, berganding dengan penerima Anugerah Meletop, Khai Bahar.
“Melodi lagu terbaru ini diambil dari Si Comel Pipi Merah dan diilihamkan kepada zikir.
“Bergandingan dengan Khai Bahar,” katanya di akaun Instagramnya.
Dalam pada itu, Siti berharap bertepatan dengan bulan Ramadan ini, orang ramai akan mendengarnya disamping mengumpul ganjaran pahala.
“Selari dengan bulan Ramadan, tonton, dengar dan beramal serta membuat pahala,” jelasnya lagi.
Muzik video Cinta Syurga yang dilancarrkan dua hari lalu di YouTube sudah mencecah 360 ribu tontonan dan kini terus trending.
BACA: Lagu 'Comel Pipi Merah' khas untuk anak pertama
Terdahulu, Siti mencipta lagu Si Comel Pipi Merah khas buat anak pertamanya.
#Cinta Syurga #Datuk Siti Nurhaliza #Khai Bahar #melodi #Muzik Video #sentuhan menjadi #Si Comel Pipi Merah #zikir