JIKA anda masih ingat salah satu babak dalam filem Hantu Kak Limah, Nayan lakonan Ropie ada menyanyikan sepotong lagu ketika tiba di klinik desa tempat dia bekerja.
Kemudian, lagu itu bersambung dalam babak lain ketika Nayan berada di dalam kereta bersama Zul Ariffin (melakonkan watak Solihin).
Malah, jika anda terlepas Ropie juga pernah sekali menyanyikan lagu yang sama ketika di pentas Gegar Lawak awal tahun ini.
Sebenarnya, lagu itu merupakan sebuah lagu iklan jus kotak yang pernah dihasilkan pada tahun 1983.
Iklan air minuman Joy itu yang pada mulanya dimuat naik sejak enam tahun lalu sekadar mencecah ratusan tontonan kini mencatatkan lebih 81,000 tontonan.
Ada antara pengunjung yang kembali mencari iklan air minuman itu gara-gara lakonan Ropie dan Solihin.
"Hantu Kak Limah yang bawa aku datang tengok iklan ni," tulis Azmir Faizal.
"Hantu kak limah bawak aku ke sini selepas puluhan tahun aku dah lupa lagu ni. Dengar lagu ni dalam filem Hantu Kak Limah terus buat aku tersenyum dan cari versi penuh," tambah Anuar Yahaya.
"Tahniahlah siapa yang cipta lagu ni, 35 tahun berlalu tiba-tiba ada yang pakai dalam filem," tulis pengguna lainnya.
Hantu Kak Limah telah mencatatkan kejayaan luar biasa dengan kutipan melebihi RM13 juta sejak ditayangkan Khamis minggu lalu.
Filem ini merupakan francais keempat kisah Kampung Pisang, bermula dengan Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.
Hantu Kak Limah menampilkan barisan pelakon popular antaranya Datuk Awie, Delimawati, TJ Isa, Sharwani, Zul Ariffin, Ropie Cecupak, Uqasha Senrose, Mus May, Erra Fazira, Jue Aziz, Sabri Yunus, Pekin Ibrahim dan Datuk Seri Vida.
Gempak
Sat Aug 18 2018
Lagu iklan air kotak yang pernah dihasilkan pada tahun 1983 kembali popular selepas 35 tahun. -Gempak.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Merdeka seketika ke Kampung Pisang
Filem Hantu Kak Limah hadir ketika masyarakat sedang penat, sebagai eskapism terindah kita semua rakyat Malaysia pada waktu yang sangat tepat.
Gara-gara Hantu Kak Limah, iklan air kotak Joy 1983 kembali popular
Sebenarnya lagu itu merupakan sebuah lagu iklan jus kotak yang pernah dihasilkan pada tahun 1983.
Lebih 40 murid keracunan selepas minum air kotak percuma
41 murid perempuan Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah, Alor Setar dikejarkan ke hospital akibat keracunan selepas minum air kotak yang diberi percuma kepada mereka.