HIBURAN

Gara-gara panggil Ronaldo 'dear', peminat pula mahu bermanja dengan Siti

Madiha Abdullah 01/10/2015 | 00:41 MYT
Semuanya bermula apabila Ronaldo memuat naik gambar dan status yang dia akan menaiki pesawat dan Siti membuat komen "Safe flight, dear". - Foto Bernama
Apa sahaja yang membabitkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza pasti akan menarik perhatian ramai.

Justeru apabila ada yang memviralkan ucapan Siti kepada pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo, peminat mula menjadikannya bahan untuk mengusik Siti.

Masakan tidak, Siti penyanyi popular yang dipuja jutaan peminat, kali ini 'bertukar' posisi sebagai peminat dan menghantar ucapan kepada selebriti yang diminatinya.

Semuanya bermula apabila Ronaldo memuat naik gambar dan status yang dia akan menaiki pesawat.

B dia ✈️✈️✈️✈️

A photo posted by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on


Siti kemudiannya meletakkan komen "Safe flight, dear".

Ia tersebar selepas seorang pengguna Twitter dengan nama Haikal Ramlee, mengusik Siti.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Haikal dalam status di Twitter memberitahu, dia tidak punya niat apa-apa ketika memuat naik screen capture komen Siti itu.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Apa yang melucukan, di laman Twitter Siti kini dipenuhi dengan permintaan peminat yang mahu 'bermanja' dengan beliau, gara-gara panggilan dear yang digunakan dalam komen kepada Ronaldo.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Siti nampaknya tenang sahaja menerima usikan peminat, namun dalam masa yang sama berpendapat ia bukanlah isu besar.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Cristiano Ronaldo #Siti Nurhaliza