awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara tak tahu nama malaikat, PU Riz kena tukar sekolah

Gempak
Gempak
22/11/2019
02:00 MYT
Gara-gara tak tahu nama malaikat, PU Riz kena tukar sekolah
Riz berkongsi gambar kenangan bersama rakan-rakan sewaktu belajar di Sekolah Antarabangsa Sayfol, Kuala Lumpur. - Astro GEMPAK
PELAKON dan Pencetus Ummah (PU) Riz mendedahkan bahawa dia pernah mempunyai latar belakang sistem pendidikan barat apabila dihantar belajar ke sebuah sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail, 24, berkata, dia kemudian ditukarkan sekolah oleh bapanya selepas menyedari dirinya gagal menjawab soalan asas berkaitan agama.
"Selepas beberapa lama di sekolah antarabangsa ni, ada satu malam tengah buat persiapan untuk peperiksaan sejarah Mesir. Pada malam itu abah aku ada sekali dia pun tengok skop pelajaran aku. Salah satunya 'nama-nama dewa dan dewi', dan dia terkejut.
"Lepas tu, abah tanya nama-nama malaikat hafal? Meloponglah aku sebentar sebelum membalas 'manalah tahu'. Kemudian, cuba teka apa yang berlaku? Lusa tu dia tukarkan sekolah," katanya yang berkongsi cerita di Instagram.
Riz turut berkongsi gambar kenangannya bersama rakan-rakan lain sewaktu belajar di Sekolah Antarabangsa Sayfol, Kuala Lumpur.
View this post on Instagram
Tak salah nak bagi anak anak kita happy berhibur tapi after they reach the level of mukhalaf tu kena jaga juga Ni pengalaman aku berada di sekolah menengah islam dan primary international Please read till the end
Jelas Riz lagi, dia kemudian ditukarkan ke sekolah agama, Sekolah Al-Amin Keramat, Kuala Lumpur.
"Aku mula-mula masuk dengar satu juzuk ni kena hafal. Aku cakap memang taklah.
"Tapi kuasa Allah kan walaupun berbeza latar belakang dan persekitaran, Alhamdullillah aku antara pelajar yang okay di sekolah tu. Dapat jadi ketua pengawas lagi," ceritanya.
Bagaimanapun, kata Riz, dalam mana-mana sistem pendikan sekalipun ada kelebihannya tersendiri.
Cuma, ketika di sekolah agama, Riz mengakui jiwanya menjadi lebih tenang dengan penerapan budaya membaca al-Quran berbanding ketika di sekolah antarabangsa yang punya kurikulum yang disifatkan lebih ke arah gaya barat.
Topic Berkaitan
#gagal jawab soalan
#Instagram
#Muhammad Haris Mohd Ismail
#nama malaikat
#PU Riz
#sekolah
#sekolah antarabangsa
#soalan agama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan