HIBURAN
Gegar Vaganza 12: 'Saya masih hijau' - Sherry Alhadad terharu dipilih semula, akui masih belajar
Pemilihan Sherry (kanan) dibuat berdasarkan keserasian luar biasa bersama Nabil (kiri) dalam musim lalu. -Foto Gempak
MESKIPUN sudah berpengalaman dalam mengendalikan program hiburan, pengacara Sherry Alhadad akui dia masih lagi ‘hijau’ untuk jenama Gegar Vaganaza (GV).
Ringkasan AI
Bagaimanapun, Sherry meluahkan rasa syukur atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk sama-sama menjayakan program hiburan nombor satu Malaysia yang sudah masuk musim ke-12 itu.
“Saya rasa berbesar hati dipanggil kali ini untuk mengacarakan Gegar Vaganza bersama Nabil Ahmad.
“Terima kasih kepada Astro sebab memberi kepercayaan ini kepada saya dalam masa sama saya pun masih baharu, jadi banyak benda yang saya nak kena belajar jadi mintak tunjuk ajar daripada Nabil dan semua juri yang terlibat dalam GV ini,” katanya.
Terdahulu, nama Sherry diumumkan sebagai salah seorang pengacara program realiti popular Gegar Vaganza 12 (GV12) bersama Nabil Ahmad.
Menurut Naib Presiden Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, berkata pemilihan Sherry dibuat selepas melihat prestasi cemerlangnya dalam musim lalu yang berjaya mencipta keserasian luar biasa bersama Nabil di pentas GV.
Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini juga masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang, dan Datuk Ramli MS selaku juri.
Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104). -Gempak
Ringkasan AI
- Sherry Alhadad akui masih baharu dalam jenama Gegar Vaganza (GV) meskipun berpengalaman sebagai pengacara, dan berterima kasih atas kepercayaan Astro untuk mengacarakan GV12 bersama Nabil Ahmad.
- Pemilihan Sherry dibuat berdasarkan keserasian luar biasa bersama Nabil dalam musim lalu, menurut Naib Presiden Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad.
- GV12 akan bersiaran secara langsung dari MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025 setiap Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria.