HIBURAN
Gema Bumantara: "Semoga alunan indah irama Melayu bergema ke seluruh dunia" - Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza melancarkan album baharu Gema Bumantara di TGV Pavilion Bukit Jalil pada Selasa.
KUALA LUMPUR: Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melancarkan album tradisional terbaharu berjudul Gema Bumantara yang menghimpunkan keindahan muzik warisan Melayu dengan sentuhan kontemporari segar.
Album ini merupakan kesinambungan karya ikonik beliau seperti Cindai, Sahmura, Sanggar Mustika dan Lentera Timur, sekali gus menonjolkan semangat Siti dalam memartabatkan muzik tradisional agar terus dihargai generasi baharu.
“Album tradisional sentiasa mempunyai tempat istimewa di hati saya.
"Semoga Gema Bumantara menjadi hadiah buat semua pencinta muzik warisan dan terus mengalunkan keindahan irama Melayu kepada seluruh dunia,” ujar Siti Nurhaliza pada majlis pelancaran album Gema Bumantara di TGV Pavilion Bukit Jalil, di sini, pada Selasa.
Album yang mengambil masa hampir setahun untuk disiapkan ini memuatkan 10 lagu baharu, antaranya Kumbang Bunga, Hati Yang Rindu, Rencong, Pesanan Buat Diri, Kaca Dan Permata, Syurgaloka, Hujung Bumi, Kesuma, Jenjang Cinta serta Cenderamaya.
Projek ini turut mendapat sokongan Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures di bawah Dana Kebolehpasaran Domestik 2.0 sebagai usaha memperkasakan seni tempatan dan mengangkat muzik berteraskan warisan ke arus perdana.
Gema Bumantara diterbitkan SN Legacy Sdn. Bhd, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd dan Universal Music Sdn. Bhd.
Ia boleh didengarkan di semua platform digital mulai Selasa, manakala edisi fizikal dijangka dilancarkan Januari 2026 sempena Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza.