HIBURAN
'Gen-T', ini interpretasi ikhlas dari Tulus
Tulus dalam persembahan solonya berlangsung di Mega Star Arena di ibu negara, baru-baru ini. - Sumber foto OPR Network
DI SEBALIK gemerlap lampu pentas, muncul sosok lelaki dengan ketinggian mencecah lebih enam meter yang mempesonakan.
Hakikatnya, di sebalik citra ini adalah seorang individu kreatif yang disegani peminat muzik jazz, pop dan R&B tempatan, Indonesia, Singapura dan Brunei.
Sosok ini mesra dengan panggilan Tulus, penyanyi-komposer Indonesia yang singgah di Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu untuk merancakkan pentas di Ruang Inspirasi Festival (RIF) 2025 dipersembahkan ExpoIndo bersama penganjur konsert tempatan, Thrive.
Tulus, tidak langsung mengecewakan peminat-peminatnya, khususnya dalam kalangan generasi muda. (Jika peminat fanatik trio KRU terdiri dari pelbagai peringkat usia digelar 'GenKRU', tidak salah rasanya penulis mengangkat peminat tegar Tulus sebagai 'Gen-T' sebagai tanda apresiasi).
Senada dengan aspirasi RIF, Tulus mempersembahkan konsep segar yang menggabungkan ayunan muzik merdu diselang-seli dengan elemen inspirasi dan perkongsian kisah di sebalik karya-karya popularnya,
“Apa khabar, Kuala Lumpur? Nama saya Tulus. Ayuh, kita lanjut ya,” sapa pelantun lagu, Jangan Cintai Aku Apa Adanya ini sambil disambut dengan tepukan gemuruh penonton.
Menampilkan persembahan bertenaga 90 minit tanpa henti, Tulus membawa peminat-peminat terbuai dalam ekspresi dan alunan lagu-lagu karya beliau.
Bertempat di Mega Arena of Star yang bertempat di pusat beli-belah Sungei Wang Plaza di ibu negara, Tulus memilih Interaksi sebagai pembuka bicara.
Penonton mula bersorak dan menyanyi bersama-sama Tulus yang kelihatan begitu bersahaja dalam penyampaian lagu tersebut yang dipetik dari album keempatnya, berjudul Manusia (2022).
Tulus cukup unik kerana secara tidak langsung mampu menggambarkan keakrabannya dengan warga peminatnya, penampilannya yang santai – dengan busana trademark hitamnya, aduh, cukup menyenangkan.
"Lembaran foto hitam-putih aku coba ingat lagi warna bajumu kala itu ..." Tatkala Tulus mula menyanyikan bait pertama yang dipetik dari lagu hitnya yang berjudul, Monokrom, satu arena bergemuruh dengan paduan suara lebih 4,000 peminat.
Sebagai seorang penghibur yang banyak menggondol anugerah muzik Indonesia dan antarabangsa, harus diakui Tulus berjaya membuktikan kredibilitinya dengan pilihan lagu-lagu hit daripada album Gajah (2014), Monokrom (2016) dan Manusia (2022).
Pemilihan rantaian lagu yang cukup tepat seperti Satu Kali, Lagu untuk Matahari, Sewindu, Teman Hidup, Kisah Sebentar, Diri, Tukar Jiwa dan Adu Rayu telah membuat semua peminat bagai dirasuk untuk menyanyi bersama penyanyi yang berusia 38 tahun ini.
Turut terselit dalam susunan lagu pilihan Tulus termasuk Hati-hati di Jalan dan Tujuh Belas. Secara keseluruhannya, Tulus memberi lontaran vokal dan persembahan menguja.
Tampak solid dan santai, malah begitu konsisten dalam setiap lagu yang didendangkan, tergambar keampuhan vocal powerhouse Indonesia ini yang berkarya dari hati.
Persembahannya turut diiringi enam pemuzik dan dua penyanyi latar yang berjaya menyuntik semangat positif dan inspirasi kepada persembahan Tulus.
Setiap bait lagu, setiap gaya, setiap kejutan dan setiap langkah yang dipersembahkan membuatkan hampir kesemua penonton pulang dengan rasa puas, seronok dan emosi yang masih berbaki.
"Kita jumpa lagi, Kuala Lumpur...!," kata Tulus sambil tersenyum dan melambai tangan ke arah penonton mengakhiri persembahannya.
Sukses! Terima Kasih, Tulus ...