ENTERTAINMENT
Genting Malaysia raikan wira negara melalui konsert ulang tahun ke-30 Ella
Genting Malaysia laksana inisiatif CSR raikan Hari Guru dan Hari Bomba Sedunia melalui pemberian tiket percuma ke persembahan ikonik konsert ulang tahun ke-30 Ella.
GENTING Malaysia Berhad, di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bertemakan Genting Bersama Malaysia, memberi penghargaan istimewa kepada wira negara pada bulan Mei ini dengan menyampaikan tanda penghargaan kepada para guru dan anggota bomba serta pasukan penyelamat di kawasan sekitar Bentong dan Goh Tong Jaya.
Sempena sambutan Hari Guru dan Hari Bomba Sedunia, Genting Malaysia mengedarkan tiket percuma kepada individu-individu berdedikasi ini untuk menyaksikan konsert ulang tahun ke-30 penyanyi lagenda tanah air, Ella, yang berlangsung pada 17 Mei 2025 di Arena of Stars, Genting Highlands. Inisiatif ini mencerminkan penghargaan Genting Malaysia terhadap sumbangan tidak ternilai anggota bomba dalam melindungi keselamatan Masyarakat dan para guru dalam membentuk generasi masa depan.
“Kami amat teruja dan berbesar hati diberikan peluang memperingati dua hari istimewa dalam bulan Mei ini dengan membalas jasa dan pengorbanan mereka kepada negara. Kami berharap mereka akan mendapat pengalaman yang penuh makna dan tidak dapat dilupakan bersama keluarga,” kata Spencer Lee, Naib Presiden Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam, Resorts World Genting.
Genting Bersama Malaysia adalah manifestasi komitmen jangka masa panjang syarikat Genting Malaysia dalam menyumbang kepada masyarakat melalui program komuniti dan inisiatif CSR, yang diharap akan memberi impak yang positif. Inisiatif ini bukan sahaja mengiktiraf peranan penting wira-wira negara, tetapi turut menegaskan usaha Genting Malaysia dalam usaha menyemarakkan semangat komuniti dan kelestarian bersama.