HIBURAN
George Clooney bimbang besarkan anak-anak di Hollywood
George Clooney mengakui, beliau pernah berasa bimbang untuk membesarkan anak-anaknya di Los Angeles kerana tidak mahu mereka terperangkap dalam budaya glamor Hollywood. - Gambar fail
LOS ANGELES: Pelakon dan penerbit filem terkenal antarabangsa, George Clooney mengakui, beliau pernah berasa bimbang untuk membesarkan anak-anaknya di Los Angeles (LA) kerana tidak mahu mereka terperangkap dalam budaya glamor Hollywood.
Pemenang dua Anugerah Oscar itu kini menetap di sebuah ladang di Perancis bersama isterinya, peguam hak asasi manusia, Amal Clooney serta pasangan kembar mereka yang berusia lapan tahun, Alexander dan Ella.
Dalam temu bual bersama majalah Esquire yang diterbitkan Isnin lalu, Clooney berkongsi kisah kehidupannya sebagai bapa dan cabaran membesarkan anak-anak jauh dari tumpuan media.
“Saya risau kalau kami membesarkan anak-anak di LA, dalam budaya Hollywood,” kata Clooney.
“Saya dapat merasakan mereka tak akan dapat peluang hidup yang adil. Di Perancis, orang ramai tak kisah pun tentang kemasyhuran,” tambahnya.
Menurut bintang berusia 64 tahun itu lagi, kehidupannya di Eropah memberi ruang lebih tenang kepada keluarganya.
“Saya tak mahu anak-anak saya hidup diburu paparazi atau dibandingkan dengan anak orang terkenal lain,” katanya.
Malah, Clooney juga enggan anak-anaknya dibandingkan dengan dirinya sendiri.
“Saya bernasib baik kerana saya dah cukup berusia. Jadi bila anak saya dewasa nanti, perbandingan dengan saya pun dah tak relevan — mungkin ketika itu saya sudah terlalu tua sehinggakan makanan yang mampu saya telan hanyalah roti lembik,” katanya berseloroh.
Karier lakonan Clooney mula melonjak pada usia 30-an selepas membintangi siri perubatan terkenal ER sebagai Dr. Doug Ross antara tahun 1994 hingga 1999.
Mengimbas kembali kehidupannya, Clooney mengakui pernah mengambil dadah pada tahun 1980-an dan menganggap kemasyhuran yang datang lewat sebenarnya membawa hikmah.
“Mungkin sebab saya sudah cukup matang waktu itu - segala kebodohan saya berlaku ketika orang belum kenal siapa saya,” katanya.
Selain dunia hiburan, Clooney juga dikenali sebagai penyumbang utama kepada Parti Demokrat di Amerika Syarikat (AS).
Tahun lalu, beliau menulis rencana di The New York Times menyeru Presiden ketika itu, Joe Biden, agar berundur daripada pilihan raya Presiden - selepas mendakwa Biden gagal mengenalinya ketika sebuah majlis kutipan dana pada Jun 2024.
Tulisan itu menjadi titik penting dalam perjalanan politik Biden, yang kemudian menarik diri daripada persaingan Presiden.
Mengulas perkara itu, Clooney berkata, beliau menulis artikel tersebut kerana “menyaksikan sendiri apa yang berlaku,” namun menegaskan, tidak berhasrat mengulanginya.
“Saya fikir orang ramai sudah cukup mendengar pandangan saya,” katanya menutup bicara. - Agensi