George Clooney kembali ke 'ER' selepas dirempuh kereta

Astro Awani
Julai 10, 2018 10:42 MYT
Clooney dilaporkan cedera selepas dilanggar sebuah kereta dekat Costa Coralina, Wilayah Olbia. - Gambar fail
AKTOR George Clooney dikejarkan ke hospital di Itali selepas terbabit kemalangan ketika menunggang motosikal di Sardinia.
Kejadian berlaku ketika pelakon berusia 57 tahun itu dalam perjalanan ke set penggambaran.
Clooney dilaporkan dirempuh sebuah kereta berdekatan Costa Coralina, Wilayah Olbia.
Pelakon yang melonjak menerusi siri televisyen Emergency Room (ER) itu dikejarkan ke wad kecemasan hospital John Paul II bagi menerima rawatan segera.
Menurut laporan akhbar tempatan Daily La Nuova Sardegna, kecederaan yang dialami Clooney tidak serius.
Bagaimanapun pihak hospital tidak memberi sebarang maklum balas ketika diminta media bagi mengulas lebih lanjut mengenai perkembangan terkini suami peguam terkenal Amal Clooney itu.
Clooney memiliki sebuah kediaman peribadi di Lake Como, Itali.
#Clooney #Itali #kecemasan #kemalangan