BERMULA dari 24 Julai 2021, Saluran 111 Astro akan dijenamakan semula ke Go Shop BAARU, saluran baharu berbahasa Melayu yang menyasarkan golongan milenial yang trendy dan bergaya. Bagi meraikan pelancaran saluran baharu ini, Go Shop akan memberikan baucar diskaun bernilai RM111 kepada pelanggan untuk menikmati tawaran menarik dari pelbagai produknya, sehingga 3 Ogos 2021.
Go Shop BAARU akan menampilkan variasi produk baharu, lebih kontemporari dan menarik, istimewa untuk pekerja profesional dan keluarga masing-masing. Produk-produk trendy ini terdiri dari alat perkakasan dapur, makanan kesihatan ke produk kecantikan, fesyen dan pelbagai lagi, yang diyakini mampu memudahkan urusan seharian pengguna, praktikal dan menepati gaya hidup anak muda hari ini yang dilihat sentiasa sibuk dan aktif.
Pelanggan boleh menonton pelbagai program istimewa di Go Shop BAARU, dimeriahkan dengan program ‘Saluran 111 Countdown Flash Sale’ pada 23 Julai, 9.00 malam yang menawarkan diskaun sehingga 75% untuk produk-produk terpilih. Juga program yang bakal bersiaran selama 3 jam, ‘BAARU & Eksklusif’ pada 24 Julai, dari jam 9.00 pagi – 12 tengah hari, yang turut membariskan hos-hos selebriti seperti Mira Filzah, Nad Zainal dan Aaron Aziz. Mereka akan memperkenalkan produk-produk baharu dan eksklusif, khas buat pelanggan. Menariknya lagi, pelanggan boleh mendapatkan potongan harga sebanyak RM22 untuk pembelian berikutnya jika mereka membeli produk-produk yang disiarkan dalam program ‘BAARU & Eksklusif’, setiap hari, pada jam 9.00 malam. Di antara produk eksklusif Go Shop yang dipakejkan bersama (atau ‘bundle’) termasuklah Copper Diamond Bakeware, Aurasia Cookware, Lunaskinz dan minuman kecantikan Audela.
Jangan lupa untuk menonton saluran-saluran Go Shop di Astro – Go Shop BAARU (CH111), Go Shop RUUMA (CH118), Go Shop GAAYA (CH120) yang bersiaran dalam Bahasa Melayu atau CH303 untuk versi Mandarin, dan di saluran MYTV, CH120. Program-program Go Shop juga boleh distrim di laman sesawang atau menerusi aplikasi Go Shop. Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat sebarang pembelian, anda juga boleh layari www.goshop.com.my atau muat-turun di aplikasi Go Shop; Go Shop app di Google Play dan App Store.
Astro Awani
Wed Jul 21 2021
Bagi meraikan pelancaran saluran baharu, Go Shop akan beri baucar diskaun bernilai RM111 kepada pelanggan untuk menikmati tawaran menarik dari pelbagai produknya, sehingga 3 Ogos 2021. - Foto Go Shop
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Astro One tawar tiga pakej hiburan lebih fleksibel serendah RM49.99 sebulan
Astro One menggabungkan saluran televisyen terbaik, aplikasi penstriman popular dan pilihan jalur lebar berkelajuan tinggi.
Kami Care Misi Banjir: 40 penyampai dari 13 stesen Astro Radio turun padang
Astro Radio dengan kerjasama Yayasan Astro Kasih telah menganjurkan kempen Kami Care Misi Banjir yang berlangsung pada 7 Disember 2024 di kawasan parkir LOTUS Cheras, dari jam 10 pagi hingga 5 petang.
ZAYAN raih anugerah Sahabat Dakwah di Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024
ZAYAN dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sahabat Dakwah pada Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024 di Putrajaya.
Astro lancar kempen ‘Astro’s Big Thank You’ sebagai penghargaan buat pelanggan setia
Astro, peneraju hiburan terkemuka di Malaysia, hari ini melancarkan kempen terbesar baharu Astros Big Thank You sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia.
Ananda Krishnan, hartawan bijak, 'cap jari' di serata sudut
To make money, you have to find tomorrow's business, make tomorrow's money. Itu pegangan taikun perniagaan Ananda Krishnan yang dikenali sebagai seorang hartawan self-made yang tersohor.
Astro raih RM75,000 ganti rugi berkanun pertama untuk pelanggaran hak cipta
Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad, mencatat sejarah dengan menerima ganti rugi berkanun pertama.
Astro S+V bantu kandungan video capai standard antarabangsa
Astro SoundVision merupakan satu-satunya penyedia fasiliti perkhidmatan Dolby Atmos bersepadu di Malaysia untuk pawagam, penyiaran, dan penstriman berteknologi tinggi.
Persembahan penuh emosi, Sarkas juara Muzikal Lawak Superstar 4, bawa pulang RM150,000
Kumpulan yang dianggotai Danial Zaini, Acap S dan Shashic, yang turut menjemput pelawak Shuib sebagai artis jemputan, mendapat markah tertinggi.
Astro tegas menentang pencerobohan digital
Astro menggiatkan usaha memerangi pencerobohan digital melalui langkah-langkah yang signifikan pada separuh pertama tahun kewangan (FY) 2025.