awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
Sinergi kerajaan, industri pastikan keperluan Ramadan kekal mampu milik - Ahmad Zahid
Polis serbu rumah penampungan, tahan 22 pendatang tanpa izin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Golden Screen Cinemas ada cara tangani penonton rakam secara haram

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
21/11/2018
10:57 MYT
Golden Screen Cinemas ada cara tangani penonton rakam secara haram
Barisan pelakon utama Polis Evo 2, Shaheizy Sam, Zizan Razak dan Hasnul Rahmat turut sama dalam acara pelancaran GSC Helpline. - Astro AWANI
Pelbagai usaha dilakukan untuk membanteras masalah cetak rompak dan rakaman secara haram yang melanda industri hiburan di negara ini.
Justeru, bagi meningkatkan penguatkuasaan terhadap masalah tersebut Golden Screen Cinemas dengan kerjasama Astro Shaw melancarkan GSC Helpline.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif GSC, Koh Mei Lee GSC Helpline akan ditempatkan di luar pawagam sebagai pemudah cara pelanggan untuk melaporkan sebarang isu yang dihadapi mereka termasuk rakaman secara haram yang melibatkan cetak rompak.
"Kerjasama antara GSC dan Astro Shaw untuk melancarkan Helpline ini sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran pelanggan mengenai kepentingan melindungi harta intelek.
"Walaupun hanya merakam beberapa saat dan berkongsi di laman media sosial, ia merosakkan 'mood' orang lain yang mahu menonton filem berkenaan. Malah lebih teruk, ia melanggar hak cipta filem yang boleh diambil tindakan undang-undang," katanya ketika pelancaran GSC Helpline di GSC, Pavilion di ibu negara, di sini, hari ini.
Pada majlis itu, barisan pelakon utama Polis Evo 2, Shaheizy Sam, Zizan Razak dan Hasnul Rahmat merasmikan pelancaran GSC Helpline.
Sementara itu, Shaheizy ketika ditemui menyeru rakan artis untuk berganding bahu membasmi masalah cetak rompak dan rakaman secara haram.
"Bukan senang nak menghasilkan sebuah filem, ia memerlukan masa, tenaga dan banyak wang ringgit dihabiskan.
"Inisiatif yang dilakukan oleh GSC untuk mewujudkan Helpline ini bagus kerana pelanggan bukan saja dapat laporkan sebarang rakaman secara haram, tetapi boleh mengadukan isu lain seperti orang buat bising dalam pawagam dan sebagainya," jelas beliau.
Topic Berkaitan
#Cetak rompak
#Golden Screen Cinemas
#GSC
#industri hiburan
#rakaman haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan