[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
HIBURAN

#GoldenGlobes: Tegur wartawan ketika sidang media, Jennifer Lawrence dikritik 'biadap'

Kohilah Sekaran 11/01/2016 | 09:50 MYT
Pelakon Hollywood, Jennifer Lawrence dikritik kerana menegur seorang wartawan untuk tidak menggunakan telefon bimbitnya pada sidang media yang diadakan selepas Anugerah Golden Globes ke-73 hari ini.
Pelakon Hollywood, Jennifer Lawrence dikritik kerana menegur seorang wartawan agar tidak menggunakan telefon bimbitnya sewaktu sidang media yang diadakan selepas Anugerah Golden Globes ke-73 hari ini.
Lawrence yang memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Komedi/Muzikal) menerusi filem ‘Joy’ sedang disoal oleh seorang wartawan antarabangsa ketika pelakon itu menegurnya untuk tidak membaca soalan dari telefon bimbitnya.
“Anda tidak boleh hidup sepanjang hayat anda di belakang telefon.
“Anda tidak boleh berbuat demikian. Anda harus belajar hidup tanpanya,” kata Lawrence.
Menurut beberapa portal media antarabangsa, wartawan itu dipercayai merupakan seorang yang tidak fasih dalam bahasa Inggeris.
Wartawan itu kemudian meminta maaf dan menyambung soalannya kepada Lawrence, tetapi pemenang Golden Globe itu membalas soalan berkenaan dengan jawapan yang kasar.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Susulan itu, rata-rata peminat mengkritik Lawrence atas tindakannya menggunakan kata-kata kasar ketika sesi temubual itu.
Di media sosial, rakaman temubual itu mula viral sambil mengundang pelbagai reaksi negatif.
Kebanyakan netizen berpendapat bahawa Lawrence tidak sepatutnya bertindak sedekimian, kerana wartawan berkenaan hanya melakukan tugasnya dengan bantuan telefon bimbit.
Menurut seorang pengguna, Superhero Feed “kebanyakan wartawan membaca soalan dengan menggunakan telefon mereka, terutamanya wartawan yang tidak fasih dalam bahasa Inggeris.”
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mereka juga menyifatkan perbuatan Lawrence itu biadap dan tidak sopan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketahui senarai pemenang Anugerah Golden Globes ke-73 disini: Leonardo DiCaprio, Lady Gaga, Matt Damon menang anugerah di Golden Globe ke-73
#73 #Golden Globes #Jennifer Lawrence #Sidang media