[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
HIBURAN

Grup FB Budak-budak Sekolah Rendah: Mek Yun berang pihak salahkan mangsa

Gempak 11/06/2025 | 11:25 MYT
Mekyun mengecam kenyataan individu yang menyalahkan pelajar bawah umur dalam isu gangguan seksual berkaitan kumpulan Facebook yang dikaitkan dengan pedofilia. - Sumber foto Gempak
PEMPENGARUH, Mekyun meluahkan rasa berang terhadap seorang individu yang seakan-akan menyalahkan pelajar sekolah bawah umur, dalam pendedahan kes kumpulan Facebook (FB) yang dikaitkan dengan pedofilia.

Ringkasan AI
  • Mekyun mengecam kenyataan seorang individu yang menyalahkan pelajar bawah umur dalam isu gangguan seksual berkaitan kumpulan Facebook yang dikaitkan dengan pedofilia.
  • Beliau menegaskan bahawa kesalahan terletak pada pemangsa, bukan mangsa, dan menyatakan bahawa menyalahkan kanak-kanak adalah satu bentuk normalisasi terhadap tingkah laku tidak bermoral.
  • Kumpulan Facebook yang dikenali sebagai Group Budak2 Sekolah Rendah didakwa memaparkan kandungan tidak bermoral sejak 2014, dengan keanggotaan terdiri daripada lelaki dewasa termasuk warga emas yang meninggalkan komen berunsur lucah.

Menerusi perkongsian paparan skrin yang dimuat naik Mekyun di Threads, individu itu mengatakan isu pedofilia tidak akan berlaku jika gadis sekolah dikawal menggunakan gajet.
Malah individu itu turut berkata, perkara itu juga tidak akan terjadi sekiranya mereka yang masih bawah umur tidak memuat naik foto sendiri di laman sosial.
“Saya bukan nak backup tapi kalau budak-budak dikawal daIam menggunakan gajet, tak upload gambar sendiri kat akaun media sosial dan publish gambar tu, ‘benda' macam ni tak jadi. Ni pada pandangan saya la,” tulis individu itu.
Membalas semula komen netizen itu, Mekyun menegaskan isu gadis berdepan masalah gangguan seksual berpunca daripada lelaki yang tidak dapat mengawal nafsu dan mempunyai masalah mental.
“Awak serius? Budak kena gangguan seksual dan awak salahkan budak? Bukan pemangsa? Mereka ini hanya budak-budak. Bukan bahan untuk lelaki yang tak boleh kawal nafsu.
“Masalahnya bukan apa budak tu pakai, tapi lelaki sakit akal yang tengok budak dengan niat jijik. Anda fikir tidak mengapa untuk menyalahkan kanak-kanak daripada lelaki yang tak boleh kawal nafsu sendiri?
“Tidak, ini bukan salah mereka. Jangan awak berani salahkan budak. Kalau awak masih nak salahkan budak daripada pemangsa itu sendiri, awak sebahagian dari masalah,” katanya.
Sebelum ini, Mekyun meluakan rasa kesal dan jijik dengan sebuah kumpulan Facebook dikenali sebagai ‘Grup Budak2 Sekolah Rendah’.
Kumpulan itu dipercayai aktif memaparkan kandungan berunsur tidak bermoral melibatkan pelajar sekolah bawah umur yang dikaitkan dengan pedofilia.
Difahamkan kumpulan tersebut ditubuhkan sejak tahun 2014 dan dikendalikan oleh dua individu yang terdiri daripada seorang lelaki dan wanita.
Ramai ahli kumpulan tersebut adalah lelaki dewasa termasuk warga emas, yang secara terbuka meninggalkan komen berbaur lucah dan tidak senonoh. - Gempak
#Mek Yun #Mekyun #pedofilia #Caprice