awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guns N' Roses bakal beraksi di Singapura November ini

Astro Awani
Astro Awani
20/07/2022
06:53 MYT
Guns N' Roses bakal beraksi di Singapura November ini
Ini merupakan kali kedua, kumpulan rock itu beraksi di Kota Singa selepas kunjungan pertama kira-kira lima tahun lalu menerusi konsert jelajah "Not In This Lifetime". - Gambar FB Guns N' Roses
KUMPULAN rock yang terkenal dengan lagu November Rain, Guns N' Roses bakal beraksi dalam sebuah konsert di Stadium Nasional Singapura pada 12 November depan.
Tiket konsert berharga antara RM409 hingga RM921 akan mula dijual pada 28 Julai depan melalui Ticketek, Sports Hub dan GHY Culture & Media.
"Mengumumkan konsert jelajah antarabangsa sebesar ini sedang kita melalui tempoh paling mencabar dalam sejarah persembahan langsung adalah sesuatu yang sangat memuaskan," kata Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif TEG, Paul Dainty.
Ini merupakan kali kedua, kumpulan rock itu beraksi di Kota Singa selepas kunjungan pertama kira-kira lima tahun lalu menerusi konsert jelajah "Not In This Lifetime".
Konsert tersebut dianggap sebagai salah satu kosert 'rock' terbesar di Singapura dengan 50,000 tiket habis dijual.
Bagaimanapun penganjur konsert LAMC Productions bergelut dengan isu logistik dan masalah tag pergelangan tangan RFID yang penggunaannya bertujuan untuk memudahkan pembayaran tanpa tunai di Pusat Pameran Changi.
Guns N' Roses baru-baru ini terpaksa menangguhkan konsert mereka di Glasgow disebabkan masalah kesihatan dan nasihat perubatan.
Mereka turut dijadualkan mengadakan persembahan di Jepun pada November menjelang konsert di Singapura.
Topic Berkaitan
#November Rain
#Sweet Child Of Mine
#Paul Dainty
#Guns N' Roses
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan