GV6: Tiada penyingkiran, NurFatima terselamat

Hasimi Muhamad
November 10, 2019 15:52 MYT
NurFatima yang mendendangkan lagu Can't Fight The Moonlight dilihat gagal memikat hati para juri apabila berada di kedudukan paling bawah pada segmen tersebut.
Perjalanan NurFatima di pentas Gegar Vaganza musim keenam (GV6) hampir terhenti apabila menjadi peserta terakhir yang diumum pada segmen “Ada Lagu Ada Lagi”.
Ia menyaksikan tiada peserta yang tersingkir pada konsert minggu kelima, malam ini.
NurFatima yang mendendangkan lagu Can't Fight The Moonlight dilihat gagal memikat hati para juri apabila berada di kedudukan paling bawah pada segmen tersebut.
Sementara, Naqiu Boboi diumum berada di kedudukan paling atas selepas menampilkan persembahan mantap dengan lagu Di Ambang Wati, nyanyian asal kumpulan Wings.
GV6 diadili oleh dua juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang sementara Datuk Yusof Haslam sebagai juri jemputan pada konsert minggu kelima.
Untuk konsert minggu depan, 10 peserta bakal berentap dengan tema Melets.
Berikut senarai penuh peserta bersama lagu:
Juwita – Naqiu Boboi
Still loving you – Jatt
Gadis dan Bunga – One Nation Emcees
Sonata Musim Salju – Roy
Pengemis Cinta – Wann
Cinta Luar Biasa – Hady Mirza
Karena Pengalaman – Shila Amin
Suratan takdir - Sham Visa
Terus Mencintai – Feeza
Enggan – Nur Fatima
#Ada Lagu Ada Lagi #Can't Fight The Moonlight #Gegar Vaganza #GV6 #konsert #Konsert gegar Vaganza #Naqiu Boboi #Nurfatima