KUALA LUMPUR: Datuk Fazley Yaakob menjadi peserta kedua tersingkir dari program Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) yang berlangsung pada Ahad malam.
Pada minggu keempat bertemakan Berdiri Bulu Romaku, Fazley yang menyanyikan lagu dendangan asal Datuk Hattan, Mahligai Syahdu, memperoleh markah terendah iaitu 50 peratus.
Adibah Noor yang menyanyikan lagu Jika pula muncul peserta dengan markah tertinggi iaitu 78.1 peratus.
Terdahulu, di awal konsert Shidee diumumkan sebagai pemenang Anugerah Betul-Betul Luar Biasa Digi manakala Bintang Cuckoo Paling Gempak pula dimenangi Saiful Apek dan Yasin (SAYA), buat kali ketiga berturut-turut.
Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9 malam.
GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap.
GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza.
Madiha Abdullah
Sun Dec 12 2021

Fazley yang menyanyikan lagu dendangan asal Datuk Hattan, Mahligai Syahdu, memperoleh markah terendah iaitu 50 peratus. - Instagram/ Gegar Vaganza Official

Kelayakan Euro 2024: Perancis menang bergaya, benam Belanda 4-0
Perancis memenangi perlawanan pertama sejak kekalahan di final Piala Dunia apabila mengatasi Belanda 4-0 bagi memulakan kelayakan Euro 2024 dengan penuh bergaya.

AWANI Ringkas: Kerja pembaikan paip pecah selesai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS
Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS

Pelarian Rohingya gagal lari ke Malaysia
Penahanan kumpulan termasuk wanita dan kanak-kanak itu dibuat di bandar Thanbyuzayat di selatan Yangon.

KPDN Terengganu gerakkan 116 penguat kuasa Op Pantau 2023
Lokasi yang dipantau termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar tani, pasar raya dan aktiviti jualan dalam talian.

AWANI Ringkas: Sediakan perkhidmatan lebih baik dan adil kepada rakyat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Azeem raih emas acara 100 meter di Florida
Azeem menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.32 saat sekali gus meninggalkan sembilan pelumba lain.

Mangsa banjir di Johor menurun kepada 263 orang pagi ini
Kesemua 64 keluarga itu ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara yang masih beroperasi ketika ini.

Syarikat korporat, individu disaran selaraskan bantuan Ramadan, Aidilfitri
Perkara ini bertujuan memastikan sumbangan itu dapat diagihkan secara sistematik dan terus kepada golongan terlibat.

7 tip khatam al-Quran di bulan Ramadan
Rebutlah ganjaran yang Allah tawarkan di sepanjang bulan penuh kemuliaan, Ramadan.

Perkahwinan: "Tom adalah tulang rusuk saya yang selama ini hilang" - Fuad Rahman
Pernah memutuskan hubungan cinta pada tahun 2005, penyanyi Fuad Rahman menyifatkan pertemuan semula bersama Tom yang kini sah menjadi isterinya sebagai sebuah hikmah.

"Kalau nak popular, baik saya masuk Gegar Vaganza" - Rafizi Ramli
Kata Rafizi, sebagai Menteri Ekonomi, tugas beliau ialah memperbaiki struktur, bukannya mengejar populariti.

'Memori Tercipta wajib dinyanyikan takut nanti peminat..' - Shila Amzah
Pelantun lagu Tiada Dirimu ini menyatakan bahawa untuk persembahan di Kuala Lumpur sahaja dia akan menyanyikan lebih kurang 90 peratus lagu melayu.

Mengaku bercinta, Fuad rancang nikahi Tom
Tom merupakan bekas kekasih Fuad sekitar 2005 sebelum penjara memisahkan mereka.

"Berhenti guna nama VE, cukuplah di GV9 sahaja" - Zaf
Pengasas kumpulan VE, Zaf dedah konflik yang tercetus sesama ahli VE sebelum GV9 bermula.

GV9: Menang RM100,000, ini yang Jaclyn Victor rancang dengan anak-anak
Sebagai ibu tunggal, Jac harus utamakan masa depan dua orang anaknya.

Jaclyn Victor muncul juara Gegar Vaganza 9
Jaclyn Victor mengalahkan lima peserta yang lain dengan muncul juara Gegar Vaganza 9 (GV9) membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000.

GV9 sentiasa penuh kejutan... Mungkinkah akan ada dua juara seperti sebelum ini?
Siapakah yang baka dinobat sebagai juara Gegar Vaganza 9 malam ini? Jangan lupa saksikan!

Gempa bumi Cianjur: Hetty Koes Endang kongsi rasa dukacita, iringi doa buat mangsa
Hetty Koes Endang menyampaikan rasa simpati dan berdukacita atas tragedi gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat.

GV9: Dina, Fuad tersingkir di minggu separuh akhir
Dina menyampaikan lagu Bukan Dia Tapi Aku nyanyian asal Judika manakala Fuad pula mendendangkan Di Alam Fana Cintamu nyanyian asal kumpulan Fotograf.