awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GV9: Tom tersingkir pada hari ulang tahun ke-35

Faida Rahim
Faida Rahim
30/10/2022
16:24 MYT
GV9: Tom tersingkir pada hari ulang tahun ke-35
Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram menyampaikan lagu Akhirnya Kini Pasti nyanyian asal Anita Sarawak mendapat markah paling rendah daripada barisan juri iaitu 55.20 peratus. - Gambar/ Astro Gempak
KUALA LUMPUR: Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9), Tom tersingkir pada konsert minggu ketujuh yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Ahad malam.
Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram menyampaikan lagu Akhirnya Kini Pasti nyanyian asal Anita Sarawak mendapat markah paling rendah daripada barisan juri iaitu 55.20 peratus.
Walaupun tersingkir, Tom yang meraikan ulang tahun ke-35 hari ini dilihat tenang sejurus namanya disebut.
Sementara itu, Bob Yusof menduduki tangga teratas dengan 85.60 peratus diikuti Shila Amzah, 84.10 peratus dan Tomok 81.50 peratus.
Minggu kelapan bakal menyaksikan sembilan peserta yang tinggal bersaing membawakan lagu yang pernah mengungguli carta antaranya My Baby You (Bob Yusof), Coba (Shila Amzah), Mentera Semerah Padi (Tomok), Hijau ( Dina Nadzir), Rozana (Kumpulan VE), Lelaki Ini (Jacylin Victor), Widuri (Hazrul Nizam), Tiara (Asheed Def Gab C) dan Laila Namamu Teratas (Fuad Rahman).
Topic Berkaitan
#GV9
#Gegar Vaganza 9
#Tom GV9
#konsert
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan