[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
HIBURAN

Gwyneth dikecam akibat gelaran wanita tercantik

Astro Awani 29/04/2013 | 00:26 MYT
Majalah terkemuka “People” dikecam teruk apabila ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan Gwyneth Paltrow dinobatkan sebagai wanita tercantik 2013.
Menurut laporan “Daily Mail” selain menyatakan rasa tidak puas hati, peminat juga merasakan terdapat lebih ramai calon yang lebih sesuai untuk gelaran itu.
Mereka turut mempertikaikan cara penjurian yang dilakukan terhadap bintang filem “Iron Man” tersebut.
Pelakon berusia 40 tahun itu diangkat sebagai wanita tercantik 2013 oleh majalah People kerana memiliki wajah yang cantik selain mempersonakan.
Tahun lepas gelaran tersebut diberikan kepada diva R&B Beyonce Knowles.
#Beyonce Knowles #Gwyneth Paltrow #Iron Man #people