PENDENGAR Raku.my seolah-olah di'Jampi' dengan nyanyian Hael Husaini. Ini kerana lagu itu masih berada dalam playlist Carta 40 Era.

“Saya tak sangka lagu itu mampu menawan hati pendengar. Ia di luar jangkaan saya.

“Saya cuma mahu memperkenalkan karier saya sebagai penyanyi solo. Namun, saya tetap bersyukur dan berterima kasih kerana ia membuka lebih ruang buat saya berkarya,” kata Hael ketika dihubungi Astro AWANI.


Carta 40 Era adalah antara playlist yang boleh didapati dalam aplikasi Raku selain Top 50 dan Konsert Gegar Vaganza mingguan.

Selain itu, "Dirgahayu" gandingan nyanyian Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir turut mendapat tempat di hati peminat.

Adakah faktor persembahan Liza Hanim dan Hafiz Shuib di Konsert Gegar Vaganza minggu lalu memberi kesan kepada pendengar?

Berikut senarai lima lagu paling top Carta Era 40:

Side-to-side - Ariana Grande ft Nicki Minaj
Dirgahayu - Siti Nurhaliza & Faizal Tahir
Redha - Irfan Haris
Lebih Sempurna - Syamel
Jampi - Hael Husaini

Untuk menikmati lagu-lagu pilihan anda, layari Raku.my atau muat turun secara percuma aplikasi Raku di App Store atau Playstore.