awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hafidz Roshdi gembira Nurul Shuhada tarik balik kes pukul

Gempak
Gempak
12/07/2024
08:01 MYT
Hafidz Roshdi gembira Nurul Shuhada tarik balik kes pukul
Hafidz berkata keputusan dibuat itu tanpa ada paksaan malah kedua-dua pihak bersetuju untuk berdamai secara baik. - Foto Gempak
PELAKON Hafidz Roshdi meluahkan rasa syukur apabila bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri menarik balik kes pukul yang difailkan sebelum ini.
Setuju Berdamai Secara Baik
Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 30, berkata keputusan itu dibuat tanpa ada paksaan malah kedua-dua pihak bersetuju untuk berdamai secara baik.
“Alhamdulillah, saya rasa sangat berpuas hati. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua. Tak ada sebarang isu atau provokasi berlaku. Memang kami bersetuju untuk berdamai secara baik.
“Tiada kena mengena (gangguan pihak ketiga),” ujar Hafidz ketika ditemui Gempak di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu.
Enggan Ulas Isu Anak
Dalam pada itu, bapa kepada dua anak itu meletakkan harapan supaya kemelut ini dapat diseleaikan dengan baik. Namun, Hafidz enggan mengulas lanjut mengenai anak-anaknya.
“Saya harap semuanya berdamai, semoga berjalan dengan baik. Isu anak-anak itu dapat selesaikan cara baik.
“No komen (ulas isu anak-anak),” kongsinya.
Hafidz juga turut menyifatkan keputusan Nurul Shuhada menarik balik laporan kes pukul tersebut adalah berita yang menggembirakan.
“Alhamdulillah saya gembira dan sangat bersyukur. Selama ini memang dah tenang, tetapi hari ini lebih tenang.
“Saya rasa ini berita yang sangat gembira. Saya harap berita ini membuka mata orang luar bahawa kami dah berdamai. Tiada konfrontasi,” ujarnya lagi.
Dalam prosiding hari ini Hafidz diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader, berkata pihaknya menerima laporan menarik balik Shuhada pada 6 Julai lalu.
Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai Majistret menetapkan tarikh baharu bagi sebutan semula pada 2 Ogos ini.
*Artikel disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#Hafidz Roshdi
#Nurul Shuhada Mat Shukri
#kes pukul
#selesai cara baik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan