awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hafiz Mahamad dedikasi lagu istimewa buat pejuang misi kemanusiaan Sumud Flotilla

Gempak
Gempak
03/10/2025
04:40 MYT
Hafiz Mahamad dedikasi lagu istimewa buat pejuang misi kemanusiaan Sumud Flotilla
Hafiz Mahamad cipta lagu Hati Kami Turut Serta sebagai sokongan kepada pejuang misi bantuan Global Sumud Flotilla (GSF). -Foto Gempak
PERSONALITI media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad mendedikasikan sebuah lagu istimewa buat para pejuang misi bantuan Global Sumud Flotilla (GSF)

Ringkasan AI
  • Hafiz Mahamad cipta lagu Hati Kami Turut Serta sebagai sokongan kepada pejuang misi bantuan Global Sumud Flotilla (GSF)
  • Lagu dan video bertujuan menyemarakkan semangat rakyat Malaysia terhadap misi kemanusiaan ke Gaza
  • Seramai 201 aktivis dari 36 negara termasuk 11 rakyat Malaysia ditahan tentera Israel selepas kapal GSF dipintas di Laut Mediterranean

Menurut Hafiz, walaupun dia bukan penulis lirik atau pencipta lagu yang berpengalaman, namun lagu itu hadir sebagai tanda memberikan sokongan dan semangat kepada pejuang Sumud Flotilla.
“Hati Kami Turut Serta. Saya tak pandai tulis lirik dan buat lagu. Tapi saya mencuba dan moga hasil dari lagu dan video ini dapat buat jiwa kita dekat dengan mereka. Insya-Allah, misi ini pasti berjaya,” tulisnya.
View this post on Instagram
A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)
Dalam pada itu, menerusi video yang dimuat naik, Hafiz juga turut mengucapkan terima kasih kepada GSF kerana membawa suara dan semangat rakyat Malaysia.
“Terima kasih membawa semangat kami ke sana, dua tangan kami sentiasa untuk kalian. Jangan gentar, hati kami turut serta,” ujarnya.
Terdahulu, media melaporkan bahawa 12 kapal yang menyertai misi GSF telah dipintas tentera Israel di Laut Mediterranean pada kira-kira 2.51 pagi waktu tempatan, menyebabkan 11 aktivis dan sukarelawan Malaysia turut ditahan.
Antaranya Ardell Aryana, Zizi Kirana, Farah Lee, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Rahmat Ikhsan, dan Haroqs.
Susulan perkembangan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut supaya semua aktivis dan sukarelawan yang ditahan dibebaskan segera kerana misi berkenaan bersifat kemanusiaan dan tidak membawa sebarang ancaman ketenteraan.
Secara keseluruhan, sekitar 201 aktivis kemanusiaan dari 36 negara dilaporkan telah diculik oleh tentera Israel selepas misi GSF ke Gaza dipintas tengah malam tadi.
Misi Global Sumud Flotilla dilancarkan sebagai usaha membawa bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza yang berdepan krisis kemanusiaan terburuk akibat kekejaman berterusan rejim Zionis. -Gempak
Topic Berkaitan
#Hafiz Mahamad
#Hati Kami Turut Serta
#pejuang misi bantuan
#Global Sumud Flotilla
#GSF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan