awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hafiz Suip fokus jaga ibu terlantar sakit

Gempak
Gempak
15/11/2024
06:20 MYT
Hafiz Suip fokus jaga ibu terlantar sakit
Hafiz juga terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak-anak yang berada di Kuala Lumpur, namun beliau melihat situasi ini sebagai ujian dan berharap agar ibunya cepat sembuh. -Gempak
PENYANYI Hafiz Suip memaklumkan dia kini lebih selesa menetap di kampung halamannya iaitu Kuching, Sarawak bagi menjaga ibunya.

Ringkasan AI
  • Hafiz Suip memilih untuk tinggal di kampung halamannya, Kuching, Sarawak, bagi menjaga ibunya yang sedang dirawat di hospital akibat paru-paru berair dan masalah kesihatan lain.
  • Walaupun berat hati untuk meninggalkan ibunya, Hafiz tetap memenuhi tuntutan kerja atas pesanan ibunya yang meminta agar tidak mengecewakan peminatnya.
  • Hafiz juga terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak-anak yang berada di Kuala Lumpur, namun beliau melihat situasi ini sebagai ujian dan berharap agar ibunya cepat sembuh.

Kongsi Hafiz, pilihannya untuk menetap di Kuching adalah disebabkan mahu menjaga ibunya yang kini terlantar di hospital akibat masalah paru-paru berair.
“Kenapa saya nak duduk di Kuching adalah kerana saya nak jaga ibu bapa saya.
“Kalau ikutkan sekarang ibu saya masih berada di wad lagi kerana alami paru-paru basah dan beri kesan pada jantung, ditambah dia ada kencing manis.
“Hari ini sudah masuk hari kelima. Itu yang membuat saya nak stay di Kuching,” ujarnya kepada Gempak.
Dalam pada itu, pelantun lagu Terus Bersinar itu turut mengakui berat baginya untuk meninggalkan ibu tersayang seketika namun terpaksa demi tuntutan kerja.
Malah, Hafiz turut berkongsi pesanan ibunya yang meminta dia tidak mengecewakan peminat.
“Kalau ikutkan berat nak buat (perform) tetapi ibu saya juga pesan ketika dia atas katil dia kata ‘Abang just go, it’s okay I know you think about me, but jangan kecewakan your fans. I wish you the best lah’.
“Dia juga yang kata ‘Pergi lah. Don’t spoil your career’. Tetapi perasan kita sebagai seorang anak ini (berbaur).
“Saya mengharapkan doa daripada semua kawan-kawan semoga ibu saya sihat,” kongsinya.
Tambah bapa kepada dua cahaya mata itu lagi, dia juga terpaksa berenggang seketika bersama isteri, Nureffy Jesreel kerana isterinya berada di Kuala Lumpur bersama anak-anak.
“Ya (terpaksa berenggang) Alhamdulillah, isteri saya masih bekerja dan menjaga anak-anak seperti rutin sekolah mereka terpaksalah kita bahagikan masa.
“Tetapi bagi saya ini semua adalah ujian. Saya rasa perkara terbaik yang kita boleh buat adalah berdoa,” ujarnya lagi.
Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Nureffy pada tanggal 14 Mei 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Riyadh Zafri dan Alkaf Zayne. -Gempak
Topic Berkaitan
#Hafiz Suip
#paru-paru berair
#jaga ibu sakit
#berjauhan dengan isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan