[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
ENTERTAINMENT

Hafiz Suip kongsi detik berdepan bencana taufan di Jepun

Gempak 01/10/2018 | 20:45 MYT
Hafiz berkongsi detik ketika bencana itu berlaku di laman Instagram miliknya. - Instagram hafizsuip
PENYANYI Hafiz Suip dan isteri, Nureffy Jasreel Abdullah menceritakan pengalaman berdepan dengan bencana taufan yang berlaku di negara Jepun.
Sedang bercuti di negara matahari terbit itu, Hafiz berkongsi detik ketika bencana itu berlaku di laman Instagram miliknya.
Menurut Hafiz, mereka telah diarahkan untuk berada di dalam hotel penginapan sehingga keadaan selamat.
BACA: Taufan Jebi melanda Jepun, Sharifah Amani selamat
BACA: Taufan Jebi: Angka korban cecah lapan nyawa

Ya Allah permudahkan lah urusan kami..hari ni berita di okinawa southern japan telah dilanda typhoon trami dan baru tadi kami diberitahu semua orang diarah untuk duduk di dalam bangunan sahaja..Alhamdulillah kami dah sampai di bilik hotel dan menanti berita dalam tv...(sebab tadi kitorang masuk tv jepun hahahaha walaupun sepatah tak paham janji dapat tengok diri dalam tv jepun

BACA: Taufan Trami: Dua maut, pengangkutan awam terjejas, rumah bergelap
BACA: Selepas Jebi, kini giliran Taufan Trami pula membantai Jepun
Penyanyi itu juga melahirkan rasa syukur kerana dia dan isteri selamat sampai di hotel dan menanti perkembangan terkini menerusi berita yang disiarkan di stesen televisyen tempatan.
Rata-rata pengikutnya turut mendoakan semoga Hafiz dan isteri selamat dan dipermudahkan urusan dalam menempuh bencana alam tersebut.
#bercuti #Hafiz Suip #hotel #Instagram #Jepun #Nureffy Jasreel Abdullah #penyanyi #selamat #taufan