awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Litar pintas dipercayai punca deretan rumah sewa terbakar
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Halim Othman hidupkan nostalgia 90-an dalam filem Keluang Man

Bernama
Bernama
29/04/2025
03:00 MYT
Halim Othman hidupkan nostalgia 90-an dalam filem Keluang Man
Halim Othman ketika majlis pelancaran treler rasmi filem Keluang Man di Aurum Theatre, TRX, Kuala Lumpur, baru-baru ini. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengacara dan bekas penyampai radio Halim Othman meluahkan rasa teruja kerana berpeluang mengembalikan nostalgia era kegemilangannya pada akhir 1990-an hingga awal 2000-an menerusi filem adiwira tempatan, Keluang Man arahan Anwari Ashraf.
Walaupun hanya tampil melalui suara, Halim, 61, mengakui terharu apabila diberi kepercayaan untuk membawa penonton mengimbau suasana negara ketika beliau mengemudi rancangan televisyen sensasi ketika itu Roda Impian melalui filem tersebut.
"Anwari beritahu saya ada satu filem adiwira dan satu watak yang diinspirasikan daripada saya, berkait dengan zaman kegemilangan Roda Impian. Saya terkesan dengan imaginasi pengarah yang mahu mengangkat semula kenangan Malaysia sekitar 1998 hingga 2000 dalam filem ini.
"Watak ini hidup dalam minda hero. Mana mungkin saya tolak (watak) ini? Saya sangat terharu kerana watak ini memang direka khas dan tiada orang lain boleh membawakannya," katanya kepada pemberita selepas pelancaran filem itu, baru-baru ini.
Biarpun memegang watak sendiri, Halim mengakui menghidupkan kembali gaya dan intonasi suaranya seperti era 1990-an bukanlah sesuatu yang mudah.
"Mula-mula saya ragu sama ada mampu atau tidak mengembalikan suara seperti zaman itu, namun alhamdulillah, selepas berpuluh-puluh rakaman dari 8 malam hingga 1 pagi, akhirnya berjaya dengan berkat tunjuk ajar pengarah," katanya.
Mengulas mesej yang dibawa filem itu, Halim berkata Keluang Man berpotensi menyatukan pelbagai generasi daripada Gen Z hingga milenial dan golongan dewasa yang membesar dengan budaya pop tempatan era 1990-an.
"Ini bukan sekadar filem adiwira, tetapi satu pengembaraan kreatif yang menghubungkan nostalgia dengan generasi baharu. Saya harap filem ini dapat memperkenalkan adiwira tempatan kita dan terus berkembang selepas ini," katanya.
Penerbit Eksekutif Keluang Man merangkap Ketua Astro Shaw Raja Jastina Raja Arshad bergambar bersama barisan pelakon dan krew ketika Majlis Pelancaran treler rasmi filem Keluang Man di Aurum Theatre, TRX, 23 Apr 2025. --fotoBERNAMA
Penerbit Eksekutif Keluang Man merangkap Ketua Astro Shaw Raja Jastina Raja Arshad bergambar bersama barisan pelakon dan krew ketika Majlis Pelancaran treler rasmi filem Keluang Man di Aurum Theatre, TRX, 23 Apr 2025. --fotoBERNAMA
Dalam perkembangan lain, Halim berkongsi tentang penglibatannya dalam dunia penyiaran moden menerusi platform TikTok, HO Radio, melalui akaunnya @halimothman2024.
"Kalau dulu radio statik dalam studio, kini menerusi HO Radio di TikTok, walaupun berskala kecil, saya boleh bergerak. Saya anggap ini sebagai studio bergerak.
"Sebelum ini, saya balik ke Terengganu dan membuat siaran langsung dari beberapa lokasi seperti tempat pembuatan keropok lekor, proses daun palas dan tepi pantai. Ini memang impian saya sejak dulu -- untuk keluar dari konti radio. Alhamdulillah, impian itu akhirnya tercapai," katanya.
Filem Keluang Man terbitan Astro Shaw yang dijadualkan menemui penonton di pawagam bermula hari ini, turut dibintangi antaranya Nas Muammar Zar atau Nas-T, Datuk Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Anwaar Beg Moghal dan Shweta Sekhon.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Astro Shaw
#Astro
#Halim Othman
#Keluang Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan