awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Haliza Misbun nikahi lelaki warga Britain

Astro Awani
Astro Awani
10/04/2021
10:52 MYT
Haliza Misbun nikahi lelaki warga Britain
Pelakon Haliza Misbun selamat bergelar isteri kepada lelaki warga Britain, Matthew John Rodgers pada Sabtu. - Foto: Haliza Misbun
KUALA LUMPUR: Pelakon Haliza Misbun selamat bergelar isteri kepada lelaki warga Britain, Matthew John Rodgers pada Sabtu.
Haliza melangsungkan pernikahannya dengan duda anak satu itu di Masjid Ar-Rahah, Kerinchi, di sini sekitar pukul 5.25 petang.
Rodgers merupakan seorang perunding teknologi maklumat di sebuah syarikat antarabangsa.
Pernikahan Haliza, 48, dengan Rodgers mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan hanya 50 tetamu sahaja dijemput.
Pasangan ini dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Cerai Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, Ustaz Mohd Lazim Khairudin dan berwalikan adiknya, Othman Misbun.
Pelakon yang sangat terkenal menerusi drama bersiri Cinderella sekitar tahun 1990-an itu menerima mas kahwin RM80 selain wang hantaran berupa sebuah rumah.
Haliza turut menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak pengantin lelaki.
"Ini perkahwinan pertama saya. Alhamdulillah. Selama ini saya tahu ada yang sangsi dan berteka-teki dengan status diri saya. Termasuk ada yang menyangka saya sudah berkahwin.
"Tapi hari ini saya bersyukur segala yang dinantikan saya sudah hampir sempurna. Kehadirannya melengkapi kehidupan ini. Insya-Allah," katanya.
Haliza dan suaminya mula menjalin hubungan hampir empat tahun lalu.
"Dia sudah menetap di Malaysia sejak sembilan tahun lalu. Kami kenal menerusi kawan. Pertemuan di sebuah restoran di Damansara Heights ketika keluar bersama kawan yang lain memutik rasa jatuh cinta.
"Malah selepas setahun akrab, dialah lelaki pertama yang saya berani bawa berjumpa keluarga. Saya rasa yakin dengan kesungguhannya dan kami mula terbuka dalam pelbagai aspek.
"Pengalaman hidup masing masing mematangkan diri barangkali menjadi faktor keserasian itu mudah diperolehi," ujar Haliza.
Sejurus selesai majlis akad nikah, pasangan pengantin baharu itu turut diraikan di sebuah dewan di lokasi sama.
Menurut Haliza, suaminya turut melakukan strim langsung di halaman Facebook untuk berkongsi detik bahagia itu bersama keluarga rapat di England.
Topic Berkaitan
#Haliza Misbun
#nikah
#warga british
#Matthew John Rodgers
#Masjid Ar Rahah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan