Hanez dan Awi belum mahu berumahtangga

Astro Awani
Februari 4, 2013 14:54 MYT
Secara umum ramai yang telah mengetahui keintiman Hanez Suraya dengan Awi Rafael, namun begitu pelakon itu mengakui masih belum merancang untuk berkahwin.
Menurut Hanez (gambar) mereka masih dalam fasa saling kenal mengenali dan memberi masa untuk mengukuhkan kerjaya.
Menurut Hanez lagi, perkahwinan bukan perkara kecil kerana banyak perkara yang perlu diambil kira.
Selepas hampir sedekad mencuba nasib dalam dunia lakonan, tahun 2012 merupakan permulaan namanya menyerlah.
Pelakon drama bersiri ‘Dalam Hati Ada Taman’ ini tercalon untuk kategori artis wanita baru popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian.
Hanez ditemui di Femes Bazaar, Taman Tun Dr. Ismail di mana dia menjadi salah seorang selebriti yang berniaga.
#Anugerah Bintang Popular Berita Harian #Awi Rafael #Dalam Hati Ada Taman #Hanez Suraya #kategori artis wanita baru popular