Majlis resepsi pelakon Hanez Suraya dan suami tersayang Romie Razin Aidilha Datuk Jais, 35, telah berlangsung dengan meriah di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara pada Ahad.

Hanez yang menggayakan busana rekaan pereka fesyen muda iaitu Fizi Woo kelihatan begitu anggun sekali umpama seorang puteri manakala Romie pula tampil segak dengan suit rekaan pereka fesyen yang tidak asing lagi, Hatta Dolmat.

Majlis tersebut dihoskan oleh pengacara dan juga pelakon Awal Ashaari dan tetamu juga dihiburkan oleh persembahan Caliph Buskers.

Selain keluarga dan teman rapat, rakan-rakan artis juga turut hadir bagi meraikan pasangan pengantin antaranya Nora Danish, Diana Rafar, Erin Malek, Fasha Sandha, Scha Alyahya dan Izreen Azminda.

Dalam pada itu, Hanez juga turut berkongsi ‘live update’ majlis perkahwinannya melalui akaun Instagram miliknya dengan menggunakan hashtag #romiehanez untuk dikongsi bersama peminat tersayang.

Kedua pasangan ini selamat bergelar suami isteri pada majlis akad nikah yang berlangsung pada Sabtu bertempat di Masjid Putra, Putrajaya.

Hanez dan Romie telah berkenalan selama 2 tahun sebelum mengikat tali pertunangan pada 3 Januari lepas.

Beberapa keping foto sekitar majlis pernikahan Hanez dan Romie dari jurufoto rasmi Avicenna Studio dan Syncimages telah dimuat naik di IG aktres tersebut. -- Astro Gempak

Hanez Suraya, Romie Razin





Hanez Suraya, Romie Razin





Hanez Suraya, Romie Razin




Hanez Suraya, Romie Razin