HIBURAN
Hani Karmila selamat bergelar isteri, Tiara Jacquelina terima menantu
Mila menerusi Insta Story berkongsi detik bersejarah dirinya menjadi isteri termasuk majlis akad nikah, makan beradab dan sesi memotong pulut kuning. - Foto Instagram/@madeofmila
PRODUSER dan pelakon terkenal, Puan Sri Tiara Jacquelina selamat menerima menantu selepas anak sulungnya, Hani Karmila selamat melangsungkan akad nikah pada Khamis.
Dalam satu majlis tertutup, Hani Karmila atau lebih mesra disapa Mila diijab kabul dengan jejaka pilihan hatinya, Abang Saef Hud.
Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi laman sosial jurusolek terkenal, Khir Khalid.
"Puteri kesayangan Puan Sri Tiara Jacquelina iaitu Hani Karmila melangsungkan majlis pernikahan.
"Hani Karmila yang menggunakan nama komersial Mila Mohsin memilih @khirkhalid untuk merias wajahnya serta persalinan renda oleh @afiqmofficial," kongsinya.
Mila menerusi Insta Story berkongsi detik bersejarah dirinya menjadi isteri termasuk majlis akad nikah, makan beradab dan sesi memotong pulut kuning.
Momen bahagia itu turut dikongsikan penyanyi era 80-an, Juliza Adlizan.
"Tahniah Puan Sri Tiara sudah dapat menantu. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah tahniah Mila dan Abang Saef.
"Terima kasih kerana menjemput kami," titipnya.
Tiara Jacquelina ziarah pusara Hani Mohsin buat warganet terkenang Allahyarham. '18 tahun berlalu, ALLAH sayang orang baik'
Raut wajah mirip Hani Mohsin, Hani Karmila permata hati Tiara Jacqueline kian meningkat dewasa
'Mata tengok Karmila je, copy arwah ayahnya.' Wajah persis Hani Mohsin, penampilan anak Tiara Jacquelina jadi tumpuan
Hani Karmila adalah anak kepada pelakon legenda Allahyarham Hani Mohsin yang telah meninggal dunia pada tahun 2006.
Mila turut mengikuti jejak langkah ibu bapanya. Mewarisi bakat lakonan, pelakon berusia 31 tahun itu muncul menerusi filem Laknat Jun lalu.
Beliau juga atlet seni mempertahankan diri jujitsu.
Hani Karmila mula menceburinya ketika melanjutkan pengajian di Australia dan pernah meraih pingat emas dalam pertandingan seni bela diri jujitsu bagi kategori 58 kilogram di Kejohanan Antarabangsa Terbuka Singapura. - SInar Harian