Hanis Zalikha selamat bersalin, namakan bayi kedua Alisa Aisyah

Gempak
Mei 24, 2019 11:01 MYT
Hanis Zalikha selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan ibu kota pada pukul 5.59 petang Jumaat.
PELAKON Hanis Zalikha selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan ibu kota pada pukul 5.59 petang Jumaat.
Perkara itu diumumkan Hairul menerusi akaun Instagramnya lewat petang tadi.
"Assalamualaikum saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin berkongsi berita gembira.
"Di bulan Ramadan ini isteri saya Hanis selamat melahirkan cahaya mata perempuan kami, Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen petang tadi 5.59 petang.
"Dua-dua anak Daddy lahir hari Jumaat," tulis Hairul yang turut berkongsi wajah puterinya.
Perkongsian itu dihujani ucapan tahniah dan doa daripada rakan selebriti dan peminat.
Sementara itu, sebuah akaun Instagram rasmi @thealisaaisyah turut dicipta khas buat anak kedua mereka.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata Yusuf Iskandar.
#Alisa Aisyah #cahaya mata kedua #cahaya mata perempuan #Hanis Zalikha #pusat perubatan