awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya empat calon Filem Terbaik, dua Pelakon Wanita Terbaik di AMPFKL

Muzaffar Mustapa
Muzaffar Mustapa
06/09/2016
06:20 MYT
Hanya empat calon Filem Terbaik, dua Pelakon Wanita Terbaik di AMPFKL
Filem "Jagat" terus diperkatakan dan kali ini filem arahan Shanjey Kumar Perumal itu menerima pencalonan terbanyak di AMPFKL 2016.
Filem “Jagat”, “Love, Supermoon”, “Ola Bola” dan “Redha” adalah empat filem yang layak dicalonkan dalam kategori Filem Terbaik di Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2016.
Empat filem itu mengenepikan filem arahan Syamsul Yusof, Munafik yang baru sahaja diangkat sebagai Filem Terbaik Nasional dan Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 28 (FFM28) Sabtu lalu.
Walaupun tidak disenaraikan dalam kategori Filem Terbaik, filem arahan Ghaz Abu Bakar, Polis Evo disenaraikan dalam kategori Pengarah Terbaik bersama Shanjey Kumar Perumal (Jagat), Wan Hasliza Wan Kamarudin (Love, Supermoon), Chiu Keng Guan (Ola Bola) dan Tunku Mona Riza (Redha).
AMPFKL hanya menyenarai dua pelakon wanita dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik iaitu Nadiya Nisaa’ untuk Love Supermoon dan Junainah Lojong untuk Redha.
Kejutan yang dibuat oleh barisan pengkritik filem tempatan termasuk menyenaraikan pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik FFM28, Nabila Huda dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di AMPFKL.
Bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik, AMPFKL menyenaraikan Jibrail Rajhula (Jagat), Namron (Redha) dan Tommy Tam (The Kid from the Big Apple).
Pemegang watak Appoi dalam filem Jagat, Harvind Raj yang tewas meraih gelaran Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di FFM28 turut dicalonkan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam AMPFKL.
Tambah penganjur anugerah tersebut dalam nota penjurian tahun ini, sinema tempatan Malaysia semakin menghampiri kematian apabila karyawannya terus berdolak-dalik dan memberikan pelbagai alasan.
“Kita meraikan kedaifan (mediocrity) dan “asal-asal ada”. Kita cukup dengan berlapang dada, membuka tangan dan menyatakan, “Nah inilah filem kita wajah kita” kepada masyarakat kita dan dunia, tanpa ada rasa malu apa-apa pun,” menurut penganjur dalam nota tambahan di laman rasmi anugerah tersebut.
Penganjur turut mengakhiri nota tambahan dengan menyarankan kepada pembikin untuk merenung diri dan meneliti kekurangan diri sendiri.
“Begitu berat, amat berat, untuk mencari sesuatu yang indah dalam wayang kita sekarang. Hanya segelintir sahaja pembikin yang ingin bangun daripada tidur yang lena dan menggerakkan sanubari mereka daripada terus berlapang dada dengan keadaan yang ada.”
Senarai Calon Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2016
PENGARAH TERBAIK Shanjey Kumar Perumal untuk Jagat Wan Hasliza Wan Kamarudin untuk Love, Supermoon Chiu Keng Guan untuk Ola Bola Ghaz Abu Bakar untuk Polis Evo Tunku Mona Riza untuk Redha
PELAKON LELAKI TERBAIK Jibrail Rajhula untuk Jagat Harvind Raj untuk Jagat Namron untuk Redha Tommy Tam untuk The Kid from the Big Apple
PELAKON WANITA TERBAIK Nadiya Nisaa untuk Love, Supermoon Junainah Lojong untuk Redha
SINEMATOGRAFI TERBAIK Senthil Kumaran Muniandy untuk Jagat Chin Ting Chang untuk Ola Bola Mohd Shah Faizul untuk Dukun Doktor Dani Yung Chong Soon untuk The Kid from the Big Apple Rahim Maidin untuk Munafik
LAKON LAYAR TERBAIK Shanjey Kumar Perumal untuk Jagat Joel Soh, Kyle Gounting, Anwari Ashraf dan Adib Zaini untuk Polis Evo Tunku Mona Riza untuk Redha Wan Hasliza Wan Kamarudin untuk Love, Supermoon
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK Kuben Mahadevan untuk Jagat Senthil Kumaran Muniandy untuk Jagat Bront Palarae untuk Ola Bola Amerul Affendi untuk Dukun Doktor Dani Harith Haziq untuk Redha
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK Anne Ngasri untuk Love, Supermoon Nabila Huda untuk Munafik Nadiya Nisaa untuk Redha
FILEM TERBAIK Jagat (A. Anandan, Pasupathi Sithamparam, Mageswari Anandan, Anbalagan Anandan, Sivanantham Perianan dan Shanjey Kumar Perumal sebagai penerbit) Ola Bola (Najwa Abu Bakar, Tung Yow Kong dan Steven Lim sebagai penerbit) Love, Supermoon (Tengku Iesta Tengku Alaudin, Mohamad Anizan Sarif dan Shah Hassan sebagai penerbit) Redha (Shaby Maharom, Ku Mohamad Haris dan Tunku Mona Riza sebagai penerbit)
Pecahan pencalonan mengikut filem Jagat - 8 Redha - 7 Love, Supermoon - 5 Ola Bola - 4 Dukun Doktor Dani - 2 Munafik - 2 Polis Evo - 2 The Kid from the Big Apple - 2
Topic Berkaitan
#AMPFKL
#Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur
#jagat
#Love Supermoon
#Ola Bola
#Redha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan