PENGETUA #AF2015 Edry Abdul Halim menjelaskan bahawa Rachel bukanlah pelajar yang mendapat undian terendah sepertimana diumumkan oleh pengacara #AF2015 Faizal Ismail.
Menurut Edry, pengumuman itu hanyalah gimik semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan peratusan undian pelajar.
“Sebenarnya Rachel bukanlah pelajar yang berada di kedudukan terendah, mereka hanya memilih nama secara rawak memandangkan tiada penyingkiran pada malam tersebut.
“Boleh dikatakan ia hanyalah sebahagian daripada kejutan atau gimik kepada penonton dan juga pelajar-pelajar #AF2015,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.
Malah Edry juga gembira apabila tidak ada penyingkiran dilakukan pada konsert ketiga yang berlangsung pada Ahad lalu.
“Pada mulanya saya juga terfikir bagi mereka yang menyanyikan lagu asli ataupun lagu-lagu tradisional berisiko tinggi untuk terkeluar, tapi saya bersyukur bila pihak produksi mengumumkan tiada penyingkiran.
“Saya rasa tidak adil untuk mereka tersingkir pada hari minggu keemrdekaan kerana ada lagu-lagu yang dibawakan oleh pelajar bukanlah lagu untuk pertandingan.
“Kami tidak mahu membuatkan konsert nampak seperti hambar di mana seakan-akan tidak peka dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang berlangsung di negara kita,” jelasnya.
Dalam pada itu, Edry mengagumi semangat Rachel dalam menyampaikan lagu berjudul ‘Bahtera Merdeka”.
“Saya kagum, sebagai seorang pelajar yang bukan berbangsa Melayu, Rachel mampu menyampaikan lagu tersebut dengan baik. Menakjubkan!
“Masih ingat lagi bila dia sendiri yang menawarkan diri untuk menyanyi lagu patriotik dan reaksinya begitu gembira apabila diberi peluang untuk menyampaikan lagu tersebut.
“Untuk minggu ini saya rasa dia mampu menyerlah kerana saya lihat banyak perubahan dari segi nyanyian dan dia sentiasa fokus semasa sesi pembelajaran,” katanya tersenyum.
Konsert mingguan #AF2015 bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Manakala Diari #AF2015 pula akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam.
#AF2015 bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Untuk menyaksikan video eksklusif persembahan pelajar #AF2015, sila layari www.af.com.my
Terlepas aksi #AF2015?
Muat turun aplikasi Astro on the Go di www.astroonthego.com, kemudian anda boleh saksikan bintang #AF2015 kegemaran anda di mana bila-bila masa dan di mana sahaja.
Jangan lupa juga untuk menyertai MV Lip Sync dan berpeluang untuk memenangi telefon pintar. Muat turun aplikasi MV Lip Sync di App Store dan Google Play Store secara percuma.
Gempak
Thu Sep 03 2015

Pengetua #AF2015 Edry Abdul Halim menjelaskan bahawa Rachel (gambar) bukanlah pelajar yang mendapat undian terendah sepertimana diumumkan.

Sindiket penyeludupan migran tumpas, 15 warga Indonesia ditahan
Lima belas warga Indonesia disyaki aktif dalam sindiket penyeludupan rakan senegara ke Malaysia, berjaya ditahan dalam Op Pintas Som di sekitar Sungai Buloh.
Kepengerusian ASEAN, peluang terbaik buat Johor dan negara
Kepengerusian Malaysia untuk ASEAN 2025 merupakan peluang terbaik untuk Johor dan negara menonjolkan keunikan kesenian, kebudayaan dan warisannya kepada dunia.
Perdagangan sempadan Thailand meningkat
Perdagangan sempadan dan transit Thailand bernilai 145 bilion baht pada Januari, meningkat 2.7 peratus.
Israel sekat bantuan kemanusiaan ke Gaza
Kerajaan Israel memaklumkan pihaknya telah menyekat kemasukan semua bantuan kemanusiaan ke Gaza memandangkan gencatan senjata fasa pertama dengan Hamas telah berakhir.

Jenazah Pro-Canselor Unisel, Dr Anuar Masduki selamat dikebumi
Jenazah Pro-Canselor Unisel Datuk Dr Anuar Masduki yang meninggal dunia pagi tadi, selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam.

PN buat laporan polis isu beras campur
Perikatan Nasional membuat laporan polis berkait isu aktiviti mencampur beras putih import (BPI) dan beras putih tempatan (BPT) seperti dalam kajian MARDI.

Beras tempatan 10kg RM26 mula dijual di Terengganu
Bekalan beras putih tempatan (BPT) bersubsidi pada harga RM26 bagi pek 10 kilogram (kg) mula memasuki pasaran Terengganu.

Harimau kumbang masuk perangkap perhilitan di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 47.5 kilogram (kg) memasuki perangkap Perhilitan Negeri Sembilan di Kampung Tumang, Johol.

Wanita maut, empat cedera kereta bertembung di Kluang
Seorang wanita maut manakala manakala empat lagi cedera dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Jalan Kota Tinggi-Kluang pagi tadi.

Perdagangan sempadan, transit Thailand cecah 145 bilion baht pada Januari
Laos menyumbang nilai perdagangan tertinggi sebanyak 25.228 bilion baht, diikuti Malaysia (24.256 bilion baht).

Corat-Coret Konsert Akhir #AF2015
Konsert akhir #AF2015 yang berlangsung malam Ahad telah pun berakhir dengan menyaksikan Sufi juara Akademi Fantasia pertama dari Singapura dan Syamel selaku naib juara.

#AF2015: Sufi juara pertama Akademi Fantasia dari Singapura
Pelajar dari Singapura, Sufi telah dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia 2015 (#AF2015) dalam Konsert Akhir #AF2015 yang berlangsung malam tadi.

Ramalan juara #AF2015 pilihan Astro Gempak
Selepas 10 minggu mengharungi pelbagai cabaran, kini pentas akhir #AF2015 akan menyaksikan persembahan sengit empat finalis.

Dituduh cacatkan persembahan Bila #AF2015, Bob AF2 mohon maaf
Penyanyi Bob AF2 teruk dikiritik serta dituduh kononnya dia sengaja mencacatkan persembahan pelajar #AF2015 Bila di konsert separuh akhir yang telah berlangsung pada Ahad lalu.

Kami sedia lepaskan Che Ta - Pengurus Saluran Astro Ria
Pengurus Saluran Astro Ria (104), Raqim Ahmad menjelaskan pihak Astro bersetuju dan bersedia melepaskan pelakon Rozita Che Wan yang berhasrat untuk tidak meneruskan tugasnya sebagai juri tetap AF.

Faroq #AF2015 syukur tersingkir, tak sabar nak tengok dunia luar
Ia tidak membawa maksud bahawa pelajar berasal dari Melaka itu tidak suka berada di dalam akademi, sebaliknya dia menerima keputusan tersebut dengan cara yang positif.

Hanya Gimik, Rachel #AF2015 Bukan Pelajar Undian Terendah
Pengetua #AF2015 Edry Abdul Halim menjelaskan bahawa Rachel bukanlah pelajar yang mendapat undian terendah sepertimana diumumkan oleh pengacara #AF2015 Faizal Ismail.