ENTERTAINMENT
Hanya sekali lafaz, Mas Khan dan Anatasha sah suami isteri
Mas Khan melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz dan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,497, manakala Anatasha yang bekerja sebagai pramugari tampil anggun dalam busana pengantin sedondon berona merah jambu. -Gempak
PELAKON Mas Khan akhirnya melangkah ke fasa baharu dalam hidupnya apabila selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hati, Anatasha Diana, dalam majlis akad nikah yang berlangsung pada Ahad.
Ringkasan AI
Berita gembira itu turut dikongsi sendiri oleh Mas Khan menerusi beberapa hantaran semula di Instagram Story, hasil perkongsian para tetamu yang hadir memeriahkan hari bahagianya.
Mas Khan, atau nama penuhnya Mas Hidzhie Khan Mas Fadzillah Khan, 31, melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz, dan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,497 kepada isterinya.
Pasangan ini dinikahkan oleh bapa kepada pengantin perempuan, dalam satu majlis tertutup yang dihadiri oleh ahli keluarga, saudara-mara serta rakan-rakan terdekat sahaja.
Anatasha yang difahamkan bekerja sebagai seorang pramugari kelihatan anggun di sisi suaminya, manakala Mas Khan pula tampil segak dan berseri-seri di hari bersejarah tersebut.
Pasangan itu memilih untuk tampil sedondon dalam busana pengantin berona merah jambu, mencuri perhatian para tetamu dengan penampilan yang elegan dan manis.
Kami mengucapkan selamat pengantin baru kepada Mas Khan dan Anatasha. Semoga cinta yang dibina terus utuh hingga ke Jannah. -Gempak
Ringkasan AI
- Pelakon Mas Khan selamat mendirikan rumah tangga bersama Anatasha Diana dalam majlis akad nikah tertutup yang berlangsung pada Ahad, disaksikan oleh keluarga dan rakan terdekat.
- Mas Khan melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz dan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,497, manakala Anatasha yang bekerja sebagai pramugari tampil anggun dalam busana pengantin sedondon berona merah jambu.
- Berita perkahwinan itu dikongsi melalui Instagram Story Mas Khan, dan pasangan ini menerima ucapan tahniah serta doa agar cinta mereka kekal hingga ke Jannah.