[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
ENTERTAINMENT

‘Harap dia memahamilah akhirnya’ - Diana Daniella

Sinar Harian 24/03/2025 | 03:40 MYT
Diana Daniella berharap kes penceraian kali kedua dengan pelakon serta pengarah, Farid Kamil dapat diselesaikan secepat mungkin.
AKTRES dan penyanyi, Diana Danielle berharap kes penceraian kali kedua dengan pelakon serta pengarah, Farid Kamil dapat diselesaikan secepat mungkin.
Ujar pemilik nama penuh Diana Danielle Danny Beeson itu, pada akhirnya, dia tetap mahu dilepaskan.
“Saya harap cepatlah selesai, banyak kali turun naik mahkamah, perkara sama juga.
“Pada akhirnya, saya tetap mahu dilepaskan. Harap dia memahaminya akhirnya...” ujar Diana ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta, pada pagi Isnin.
Diana yang tiba pada jam 9.25 pagi bersama peguam syarienya, Datuk Akberdin Abdul Kader, dilihat tenang berpakaian jubah merah jambu.
Sementara itu, Farid yang tiba 15 minit kemudian bersama peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan, hanya tersenyum kepada pihak media.
Meskipun enggan memberi komen pada mulanya, Farid berkata bahawa dia hanya berharap yang terbaik untuk prosiding hari ini.
“Semuanya akan baik-baik sahaja,” ujarnya ringkas.
Terdahulu, Farid dan Diana berdepan masalah rumah tangga sekali lagi selepas rujuk ketika dalam tempoh idah pada perceraian pertama mereka secara Google Meet pada 10 Ogos 2023.
Pada 4 November tahun lalu, Diana hadir ke mahkamah bagi membuat pendaftaran rujuk dan kemudiannya memfailkan semula permohonan cerai kali kedua terhadap Farid.
Bagaimanapun, pada 21 Januari lalu, Farid melantik peguam syarie mewakilinya iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan sebagai Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi pihaknya.
Pasangan Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012, dan hasil perkongsian hidup selama 13 tahun itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata. - Sinar Harian
#Farid Kamil #Diana Danielle #cerai #terkini #kes mahkamah