awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau Malaya 1980 Kisah Kejayaan Pasukan Bola Sepak Malaysia

Gempak
Gempak
16/09/2016
05:38 MYT
Harimau Malaya 1980 Kisah Kejayaan Pasukan Bola Sepak Malaysia
Tayangan perdana Harimau Malaya 1980 disiarkan jam 9 malam ini, 16 September 2016, menerusi dua saluran serentak, Astro Arena dan Astro Supersport HD.
BERSEMPENA dengan sambutan Hari Malaysia pada tahun ini, Astro dengan berbesar hati telah melancarkan sebuah dokumentari khas bertajuk Harimau Malaya 1980 bagi meraikan detik-detik bersejarah pasukan bola sepak Malaysia.
Harimau Malaya 1980 bakal menyorot kembali ceritera pasukan bola sepak pada tahun 1980 yang begitu berinspirasi, serta semangat juang mereka untuk melayakkan diri menuju Sukan Olimpik Moscow 1980.
Dokumentari ini juga bakal mendekati kisah peribadi para pemain yang telah membentuk pasukan tersebut. Buat pertama kali selepas 36 tahun, ahli pasukan tersebut telah berkumpul semula untuk menjayakan sebuah dokumentari.
Harimau Malaya 1980 turut menyaksikan sesi temubual eksklusif bersama barisan pemain legenda seperti Dato’ Soh Chin Aun, Hassan Sani, James Wong, Datuk Santokh Singh, jurulatih Karl-Heinz Weigang, pengulas sukan veteran Zulkarnain Hassan, ahli keluarga pemain dan bekas Menteri Luar Tengku Tan Sri Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail.
Dokumentari ini bakal menjejaki detik-detik suka-duka, semangat juang mereka bagi mencapat matlamat utama mereka untuk melayakkan diri berentap di Olimpik Moscow pada tahun 1980. Berdurasi selama 90 minit, dokumentari ini telah diterbitkan olah Basir Siswo dengan kerjasama khas Chiu Keng Guan (Ola Bola).
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Datuk Rohana Rozhan berkata, menerusi dokumentari berkenaan, pihak Astro ingin menceritakan kepada rakyat Malaysia mengenai kisah wira negara yang telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran sehingga menjadikan mereka sebuah pasukan terunggul dan dihormati rakyat negara ini.
"Kami berharap agar kisah perjuangan mereka ini akan terus menjadi sumber inspirasi kepada generasi di masa akan datang.
"Harimau Malaya 1980 merupakan lambang kebanggaan rakyat Malaysia dan kisah perjuangan mereka ini mengingatkan kita akan kepentingan semangat berpasukan, perpaduan dalam mengamalkan kepelbagaian bangsa selain memiliki kekuatan menerima perbezaan di antara satu sama lain," kata Rohana.
Tayangan perdana Harimau Malaya 1980 adalah pada malam ini, 16 September 2016, jam 9.00 malam menerusi dua saluran serentak, Astro Arena (Saluran 801 dan Saluran HD 802), Astro Supersport HD (Saluran 831). Ia juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro on the Go.
Topic Berkaitan
#Astro
#bola sepak malaysia
#dokumentari
#Hari Malaysia
#Harimau Malaya 1980
#Sukan Olimpik Moscow 1980
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan