Harun Salim Bachik meninggal dunia

Astro Awani
Mac 8, 2015 10:18 MYT
ALFATIHAH: Harun atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim mula dikenali melalui lakonan beliau di dalam drama bersiri Rumah Kedai
Pelakon komedi terkenal yang juga bekas Presiden SENIMAN, Harun Salim Bachik meninggal dunia dipercayai mengalami sesak nafas ketika singgah di Hentian Rehat & Rawat Gunung Semanggol (Selatan), Perak petang tadi.
Ketika itu bekas Presiden Seniman ini dilaporkan dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang bersama keluarganya.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 56 tahun.
Berita ini turut disahkan oleh rakan-rakan artis yang rapat dengan Allahyarham.

sahabat saya Harun Salim Bachik telah kembali kerahmatullah...alfatihah

— Aziz M.Osman (@AzizMOsman) March 8, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Innalillahi wainna ilaijirojiun. Seorang lagi seniman , Harun Salim Bachik meninggal kita. Takziah buat keluarga arwah . Al Fatihah

— Sofia Azman (@MemHanyut) March 8, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Innalillah wainna ilaihi rojiuun... Tolong doakan dan sedekahkan alfatihah untuk sahabat saya ni yg telah pulang... http://t.co/nsunXysrHb

— afdlin shauki (@afdlinshauki) March 8, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Inallillah sahabat ku abang ku @harunSB7979 telah meninggal dunia,sama sama kita sedekahkan Al Fatihah utk Beliau!

— DAC #MrVersatile (@datoacmizal) March 8, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengarah Ghaz Abu Bakar yang terkejut dengan berita tersebut turut memaklumkan bahawa Allahyarham sepatutnya memulakan penggambaran filem Angin Cinta arahannya pada Isnin ini.
Sementara, rakan seperjuangan Allahyarham Afdlin Shauki turut memuatnaik di laman Facebooknya, foto terakhir beliau bersama Allahyarham pada Jumaat lepas. Afdlin dan Harun pernah popular menerusi gabungan mereka berdua dalam kumpulan Boboi ketika mengambil bahagian dalam program lawak terkenal Maharaja Lawak Mega.
Harun atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim mula dikenali melalui lakonan beliau di dalam drama bersiri Rumah Kedai yang ditayangkan di TV3 pada awal tahun 90-an.
Allahyarham turut dikenali menerusi program bersiri Oh My English yang disiarkan di Astro CERIA.
Selain berlakon beliau juga merupakan seorang penyanyi. Pernah menghasilkan satu album pada tahun 1996 yang berjudul Belilah. Lagu yang paling mendapat sambutan dalam album tersebut ialah Banjir.
Antara filem-filem lakonan beliau adalah Man Laksa, Baik Punya Cilok, dan Apa Kata Hati.
Beliau adalah anak lelaki kepada seorang pelakon zaman 50-an iaitu Allahyarham Salim Bachik.
#belasungkawa #Harun Salim Bachik #meninggal dunia