PENGACARA Hawa Rizwana menunjukkan rasa bersemangat untuk menyertai perarakan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-66 bersama unit bomba di Dataran Putrajaya.

Hawa memaklumkan perkara itu menerusi video pendek di akaun Instagram ERA.JE hari ini.



Menurut Hawa, dia dan juga rakan-rakan program Real Men Malaysia: Wira Merah telah pun bersedia sejak jam 6 pagi untuk menyertai perarakan itu.

“Sekarang dalam jam 6 lagi, kita nak bersedia, jadi hari ini hanya pakai separuh celoreng, seluar dengan baju t-shirt bomba dan beret.

“Tengah bersiap dan yang lain juga pergi solat subuh. Sekarang pakai beret dan logonya di sebelah kiri, bahagian kanan ini kena kelepet sedikit,” ujarnya tersenyum.

Selain Hawa, rakan Real Men Malaysia: Wira Merah lain yang terlibat antaranya Daniel Cheang, Jasmine Suraya dan Eric Lay.

Selamat Hari Kebangsaan yang ke-66 kami ucapkan buat seluruh rakyat Malaysia. -Gempak