awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Razarudin bersara selepas lebih 42 tahun menabur bakti
MALAYSIA
Selangor pastikan kesucian Islam kekal dipelihara - Exco
DUNIA
Rusia beri amaran keras kepada AS jangan campur tangan konflik Israel-Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ENTERTAINMENT

Haziq AF4 selamat diijabkabul dengan Maisarah

Gempak
Gempak
13/09/2015
01:47 MYT
Haziq AF4 selamat diijabkabul dengan Maisarah
Pasangan ini telah pun mengikat tali pertunangan terlebih dahulu pada 23 November tahun lalu. - Foto Astro Gempak
PENYANYI yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia musim keempat (AF) iaitu Haziq Rosebi telah selamat diijabkabul dengan sekali lafaz dengan pasangannya, Maisarah Mohd Sidki dalam satu majlis akad nikah malam Jumaat lalu.
Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh abang pengantin perempuan, Muhammad Immanuddin Mohd Sidki di kediaman pengantin perempuan di Raman Setiawangsa, Kuala Lumpur kira-kira jam 8.41 malam tadi serta disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Masjid, Muadzeen Bin Ackil.
Pada majlis pernikahan itu, Haziq menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 dan sebentuk cincin manakala wang hantarannya dirahsiakan.
Haziq turut menyerahkan tujuh dulang hantaran kepada Maisarah dan pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran.
Haziq selepas acara akad nikah itu telah melahirkan rasa syukur kerana semuanya berjalan lancar.
"Alhamdulillah akhirnya kami sah bergelar suami isteri dan segalanya berjalan dengan lancar," katanya.
Pada majlis itu, seramai 200 tetamu hadir menyaksikan pernikahan termasuklah ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan sahabat handai.
Mempelai bakal diraikan dalam sebuah majlis resepsi tengahari Ahad di rumah pengantin perempuan serta sebuah majlis bakal menyambut menantu bakal diadakan di kampong Haziq di Melaka pada 7 November depan.
Pasangan ini telah pun mengikat tali pertunangan terlebih dahulu pada 23 November tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Akademi Fantasia
#Haziq
#ijab kabul
#kahwin
#Maisarah Mohd Sidki
#nikah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami