[TERKINI] Polis Kenal Pasti Peserta Program Motivasi Rumah Tangga eHati – Amaran Tangkapan Jika Enggan Bekerjasama – Ikuti Perkembangan Di Sini
HIBURAN

Hello, hello everyone! Jangan tak tau Anuar Zain dah ada Instagram!

Gempak 14/09/2018 | 14:00 MYT
Anuar sebelum ini menggunakan akaun @anuarzainnetwork untuk mempromosikan hasil kerjanya bersama peminat.
PENYANYI popular Anuar Zain akhirnya memutuskan untuk mencipta akaun peribadi Instagramnya setelah sekian lama.

Penyanyi yang popular dengan lagu Keabadian Cinta itu mula menggunakan aplikasi itu sejak 12 September lalu.

"Finally... My first post! Hello everyone!" tulisnya bersama sekeping foto throwback hitam putih ketika zaman kanak-kanak.

Akaun yang menggunakan nama @anuarzain70 itu sehingga kini memuatkan lima keping foto dengan jumlah pengikut 2,000 orang.

Terdahulu, anak sepupunya, Ernie Zakri sempat mempromosi akaun Instagram itu menerusi Instastory malam tadi.

Anuar sebelum ini menggunakan akaun @anuarzainnetwork untuk mempromosikan hasil kerjanya bersama peminat.

Akaun itu ditubuhkan sejak 7 September 2016 untuk tujuan promosi konsertnya ketika itu.

15th February 1990 Eh! 15th February 1970 bersamaan 8 Zulhijjah 1389 Hijrah Comelnya... anak siapalah ni Finally.. my first post!

#Anuar Zain #Ernie Zakri #Instagram #Keabadian Cinta #penyanyi