awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWa: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling tinggi dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Hidupmu hampir hancur, pulanglah ke pangkal jalan" - Rayuan ibu Syamsul Yusof

Gempak
Gempak
09/03/2023
03:08 MYT
"Hidupmu hampir hancur, pulanglah ke pangkal jalan" - Rayuan ibu Syamsul Yusof
Datin Patimah Ismail titip pesanan buat anaknya, Syamsul Yusof yang terheret dalam konflik rumah tangga.
IBU kepada pelakon dan sutradara popular Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail tampil mengemaskini akaun media sosialnya.
Terbaharu, bersama sekeping foto anak lelakinya dari muka hadapan sebuah akhbar tempatan, Patimah turut melatari hantaran terbabit bersama lagu Rapuh nyanyian Opick.
Selain itu, Patimah turut berkongsi sepotong ayat berbentuk pesanan buat anaknya.
"Hidupmu hampir hancur! Pulanglah ke pangkal jalan... sudah jauh tersesat, pintu kami sentiasa terbuka untuk mu.
"Allah juga Maha Pengampun," tulisnya.
Bagaimanapun, hantaran terbabit telah dipadamkan daripada akaun Instagram beliau.
Kisah Syamsul dan Puteri Sarah kembali terkuak sejak Selasa lalu apabila menantu Patimah membuat permohonan cerai yang difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Hasil daripada prosiding berkenaan, Syamsul masih enggan melepaskan Puteri Sarah.
Susulan tindakan Syamsul itu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan memerintahkan kedua-dua pihak untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.
Untuk info, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam dan Summayah.
* Artikel asal disiarkan di Gempak.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Syamsul Yusof
#Syamsul Yusof nikahi Ira Kazar
#Puteri Sarah
#ibu Syamsul Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan