awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

The Hobbit kuasai box office Amerika Syarikat

Associated Press
Associated Press
17/12/2012
09:27 MYT
The Hobbit kuasai box office Amerika Syarikat
“The Hobbit: An Unexpected Journey” arahan Peter Jackson mendahului senarai box office dengan keuntungan bernilai $84.8 million (RM259.19 million) ketika tayangan hujung minggunya di Amerika syarikat.
Ia juga mencatat rekod kutipan lebih tinggi berbanding trilogi “Lord of the Rings.”
Filem terbitan Warner Bros. ini juga berjaya mencatat keuntungan tertinggi pada bulan Disember mengatasi “I Am Legend” lakonan Will Smith yang mencatat keuntungan $77.2 juta (RM235.96 juta) pada 2007.
“The Hobbit” juga berjaya mengatasi kutipan tayangan filem “Avatar” pada bulan Disember yang berjumlah $77 juta (RM235.35 juta).
Bagi pasaran antarabangsa pula, “The Hobbit” menambah $138.2 juta (RM422.41 juta) dimana keuntungan secara keseluruhan tayangan “The Hobbit” berjumlah $223 juta (RM681.60 juta).
Filem ini tidak menerima ulasan yang bagus namun filem diadaptasi dari novel tulisan J. R. R. Tolkien ini berjaya menarik jumlah penonton melebihi filem “Lord of the Rings: The Return of the King.” Tayangan perdana filem itu berjaya mengaut keuntungan berjumlah $72.6 juta (RM221.90 juta).
“The Hobbit”merupakan filem pertama dari trilogi yang bakal dibikin.
Filem-filem “Lord of the Rings” sebelum ini berjaya merangkul anugerah seperti Anugerah Oscar untuk “The Return of the King” namun peluang bagi filem “The Hobbit” dilihat tidak begitu cerah.
Filem ini tidak menerima sebarang pencalonan bagi anugerah Golden Globes. Ketiga-tiga filem “Lord of the Rings” menerima pencalonan oleh Hollywood Foreign Press Association untuk kategori ‘Filem Terbaik’.
“The Hobbit” diterbitkan satu dekad selepas filem terakhir “Lord of the Rings” dan “ia adalah filem yang ramai ingin tahu bagaimana ia akan diterima oleh penonton,” kata Paul Dergarabedian, seorang penganalisa box office bagi portal Hollywood.com.
“Sudah satu dekad selepas ‘Lord of the Rings’ berakhir. Ini adalah filem yang dinantikan bagi peminat dan juga bukan peminat terutama sekali dengan kemunculan semula Peter Jackson sebagai pengarah,” kata beliau.
Trend box office di Amerika Syarikat dijangka akan terus meningkat dengan tayangan "Les Miserables," ''Django Unchained" dan "The Guilt Trip" terutama sekali kerana musim cuti sudah hampir.
Dergarabedian menjangkakan ia boleh memecah rekod 2009 dengan keuntungan bernilai $10.6 billion (RM32.40 billion). Dengan keuntungan bernilai $10.2 billion (RM31.18 billion) setakat ini, tambah beliau, “Kami berada di landasan yang kukuh untuk memecahkan rekod.”
Topic Berkaitan
#Golden Globes
#Lord of the Rings
#Peter Jackson
#The Hobbit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan