awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TLDM akan mengoperasi dua jenis misil antipermukaan Mac ini
HRD Corp gantung tugas 3 pengurusan tertinggi susulan isu tadbir urus
Trump tolak cadangan Putin lanjutkan had penempatan senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hos cerai lepas 10 tahun kahwin, jiran dakwa sering tukar perempuan

Gempak
Gempak
22/05/2023
16:56 MYT
Hos cerai lepas 10 tahun kahwin, jiran dakwa sering tukar perempuan
Desta didakwa curang dan beberapa nama perempuan dikaitkan dengan lelaki berusia 46 tahun tersebut. - Gambar Gempak
Hos yang juga selebriti terkenal Indonesia, Desta sedang menjadi bualan masyarakat tempatan apabila memfailkan perceraian dengan isterinya, Natasha Rizki.
Hal itu lantaran pasangan yang sudah berkahwin selama lebih 10 tahun dan memiliki tiga anak ini diketahui hidup harmoni sehingga berita Desta mahu menceraikan isterinya tersebar.
Sejak itu pelbagai spekulasi mengenai rumah tangga mereka tersebar. Selain faktor usia yang dikatakan agak jauh, isu orang ketiga juga semarak diperkatakan.
Desta didakwa curang dan beberapa nama perempuan dikaitkan dengan lelaki berusia 46 tahun tersebut.
Salah satu yang sedang viral adalah dakwaan seorang pengguna media sosial yang mengaku sebagai jiran kepada pasangan tersebut.
Menerusi hantaran yang dibuat, dia mendakwa sering melihat Desta berganti perempuan di kawasan apartment tempat tinggal.
“Sedang kecoh berita isu cerai Desta. Sementara itu Desta jiran di apartment saya. Menurut pengawal di sini, sudah lima tahun terakhir ini dia selalu tukar perempuan,”katanya di akaun Tik Tok.
Bagaimanapun sehingga kini dakwaan tersebut belum direspon oleh Desta. - Gempak
Topic Berkaitan
#Indonesia
#media sosial
#orang ketiga
#bualan masyarakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan