Huffington Post senaraikan Yuna antara 20 artis harus dengar 2014

Azyyati Ahmad
Januari 7, 2014 23:22 MYT
Yunalis Zarai, 28, sekali lagi membanggakan industri hiburan Malaysia apabila Huffington Post, portal berita antarabangsa telah menyenaraikan Yuna sebagai antara 20 artis yang harus diberi perhatian pada tahun 2014.
Artikel yang ditulis oleh Ryan Kristobak itu memuji keenakkan muzik Yuna yang dikatakan bercitarasa baru dan memberikan dendangan indah kepada pendengar.
Paling menarik, Ryan memperkenalkan Yuna sebagai ahli muzik dari Malaysia yang menggabungkan elemen muzik dari negaranya dan moden pop.
Artikel itu turut memuji hasil kerja Yuna menerusi album Nocturnal dan single yang dihasilkan untuk filem animasi The Crood.
Penghargaan Huffington Post ini menandakan karier muzik artis yang sedang popular dengan lagu Rescue itu semakin mendapat tempat di kalangan peminat muzik antarabangsa.
Di bawah adalah senarai penuh 20 pemuzik yang perlu diberi perhatian untuk tahun 2014.
1. Bad Rabbits
2. Balance and Composure
3. Banks
4. Flatbush Zombies
5. Ground Up
6. The Internet
7. King Krule
8. Knytro
9. Mausi
10. Polyenso
11. Sam Smith
12. Say Lou Lou
13. Shad
14. Tilian
15. Travis Scott
16. Volcano Choir
17. WC Lindsay
18. Wake Owl
19. Yuna
20. 1975
#Huffington Post #Ryan Kristobak #Yuna #Yunalis Zarai