Buat pertama kali dalam sejarah muzik tempatan dua kumpulan hebat, Hujan dan Love Me Butch bergabung untuk sebuah konsert jelajah.

Ia bersempena pelancaran album baru mereka Hujan dengan ‘Sang Enemy’ dan ‘Worldwide Transgression’ dari Love Me Butch.

Jelajah dijadualkan bermula pada 26 Mei melibatkan lima lokasi di seluruh negara termasuk Melaka, Kuala Terengganu, Alor Star, Ipoh dan Mutiara Damansara.

Jelajah ‘Sang Enemy Worldwide Transgression 2013’ bakal menyaksikan kedua-dua kumpulan membuat persembahan selama 60 minit.

Selain lagu dari album baru, Hujan dan Love Me Butch turut menggegarkan pentas dengan persembahan lagu hits baru dan lama.

Tiket berharga RM40 dijual menerusi laman web morningrocket.com manakala tiket berharga RM45 dijual di pintu masuk konsert.