Berpeluang untuk menyaksikan ratu rock negara Ella beraksi di atas pentas bukanlah pertama kali untuk saya. Pelbagai konsertnya, baik di tapak pesta mahu pun stadium telah saya penuhi.
Namun, apabila Ella berpeluang untuk menjadi tamu solo di pentas berprestij Dewan Filharmonik Petronas tidak sesekali akan saya lepaskan. Kali ini Ella diiringi oleh Malaysian Philharmonic Orchestra dibawah pimpinan konduktor orchestra terkenal, Ahmad Muriz Che Ros.
Ini merupakan kali kedua Ella beraksi di pentas DFP selepas menjadi artis undangan dalam konsert MPO Rocks untuk DFP Seni Festival pada tahun 2013.
Namun, ini merupakan konsert penuh beliau bersama MPO yang akan membawa penonton menyelusuri perjalanan seni beliau, bertepatan dengan tema konsert, A Rock Queen’s Journey.
Apa lagi yang mahu saya saksikan apabila membuat keputusan untuk menonton konsert ini yang tiketnya saya beli di minit-minit terakhir sebelum dipamerkan tanda SOLD OUT!? Ella di era The Boys telah saya tonton, Ella di zaman solonya juga telah saya nikmati. Ella di zaman “gedik”nya yang gemar bermain rambut terus bermain dalam fantasi kita.
Jadi, apa lagi?
Tidak puas! Itulah yang dapat saya simpulkan sewaktu menonton Ella beraksi lebih sopan dan berhati-hati bersama hampir 100 pemuzik orkestra filharmonik negara. Membuka pentas dengan lagu Nuri disambut jeritan lebih satu ribu peminatnya untuk dua malam berturut-turut.
Antara lagu-lagu malar segarnya yang diberikan interpretasi simfoni MPO seperti Pengemis Cinta, Pedih, Rindu, Layar Impian, Bayangan, Kesal, Dua Insan Bercinta, Sembilu, Gemilang, Demi dan hit terbaru beliau, Ku Sedia.
"I rasa I nak bukak kasut” itulah keselambaan Ella Aminuddin yang tiada satu pun perlakuannya di atas pentas yang menjadi dosa kepada peminatnya.
Kelicikannya benar-benar menguji perasaan penonton yang rata-rata telah mengekori perjalanan yang sama cukup 30 tahun beliau di pesada seni tempatan.
Buatlah apa sahaja
Waima “Dah masuk dah” yang menjadi pembuka lirik lagu ikonik Standing In The Eyes of The World. Pun kita maafkan kerana dia adalah Ella yang mempesonakan kita dengan nyanyiannya, gerak lakunya di pentas cukup memukau.
Beberapa kali dia membetulkan tudungnya dari tertanggal. “Jangan viralkan ya! YouTube pun jangan”. Dari seorang penyanyi yang sentiasa menjadikan mahkotanya sebagai aset di atas pentas, malam itu dia seboleh-bolehnya mahu memelihara aset tersebut dari dilihat peminatnya.
Ya, itulah keseksian yang sentiasa menjadi tarikan yang tidak dapat ditonton malam tadi namun bila melihatkan perubahan itu kita sebagai peminatnya timbul rasa kagum dan bangga dengan beliau.
Kekal bertahan selama 30 tahun bukan satu masa yang singkat. Cabaran yang dilalui bukan sesuatu yang mudah. Di zaman beliau masih baru menapak bersama The Boys berpuluh tahun dulu, sekiranya ada persembahan di fun fair Pandamaran sekalipun tetap akan saya tonton.
Apabila popularitinya memuncak dan media mula mengejarnya untuk mendapatkan cerita mengenai lelaki pilihannya bukan sekali dua gossip yang melanda diri penyanyi itu. Namun, Ella bijak dan tahu menjaga eksklusivitinya untuk terus kekal bertahan hingga kini. Lihat sahaja contoh selebriti popular tanah air yang tahu menjaga harga mereka seperti Sheila Majid, Zainal Abidin, Anuar Zain antara contohnya.
Malam Sabtu lalu, Ella meletakkan dirinya di tahap paling tinggi setelah berpeluang beraksi dengan Malaysian Philharmonic Orchestra di Dewan Filharmonik Petronas sebaris Allahyarham Tan Sri SM Salim, Datuk Sheila Majid, Datuk M.Nasir, Datuk Zainal Abidin dan Datuk Siti Nurhaliza.
Pedih versi orkestra sememangnya memedihkan dan merentap perasaan. Layar Impian mengembalikan nostalgia manis peminatnya. Sembilu membawa fenomena lagu tersebut kembali segar di ingatan penonton. Standing In The Eyes of The World memberikan sedikit sinar harapan yang hilang. Gemilang seakan mengembalikan keyakinan untuk kita sama-sama terus mencipta pelbagai kegemilangan untuk negara ini.
Namun, kalaulah ada segmen medley khas untuk lagu-lagu bersama The Boys atau pun medley lagu yang liriknya ditulis oleh Allahyarham Rosli Khamis ataupun nama penanya, Loloq pasti lebih meninggalkan kesan buat peminatnya.
Syabas Ella!
Muzaffar Mustapa
Thu Dec 07 2017
Kelicikannya benar-benar menguji perasaan penonton yang rata-rata telah mengekori perjalanan yang sama cukup 30 tahun beliau di pesada seni tempatan. - Sumber foto Dewan Filharmonik Petronas
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Impian Slam buat persembahan di DFP bakal jadi kenyataan
Slam akan tampil berbeza dengan menyanyikan seleksi lagu yang jarang dibawa dalam persembahan langsung.
Impian Alif Satar & the Locos tercapai, konsert pertama diiringi Malaysian Philharmonic Orchestra
Menganggap ia satu pengiktirafan, Alif berkata pengurusnya memaklumkan mengenai tawaran itu ketika dia sedang mengerjakan haji pada Jun lalu.
Kugiran Masdo lakar sejarah, pukau peminat di Dewan Filharmonik Petronas
Kumpulan Kugiran Masdo terus melakar sejarah melalui konsert solo pertama mereka di Dewan Filharmonik Petronas yang berlangsung pada malam Sabtu lalu.
Kugiran Masdo bikin konsert di Dewan Filharmonik Petronas!
DFP meneruskan keraian 25 tahun penubuhannya dengan mempersembahkan sebuah konsert istimewa bernuansakan muzik 60an dari Kugiran Masdo.
'Menelanjangkan diri sendiri', mantra Kunto Aji luar biasa
Lirik lagunya semua mengenai hidup perlu semangat. Semacam satu mantra, setiap bait mengingatkan diri bahawa hidup ini sangat bermakna.
'Siarkan khabarnya' - Konsert perdana Kunto Aji di Malaysia Ogos ini
Kunto Aji dijadual mengadakan konsert perdananya di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2022 bermula pukul 8.30 malam.
'15 minit tiket dah sold out!' - Awie terkejut, janji kelainan pada konsert Wings Di DFP
Tiket konsert menerusi slot acara muzik Fabulous Friday di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang dijual pada 10 pagi tadi secara rasminya sold out sekitar pukul 10.15 pagi tadi.
Giliran Wings pula masuk Dewan Filharmonik Petronas 15 Julai ini
Vokal bertenaga Datuk Awie disertai dengan muzik sempurna bersama Black, Eddie, Sham dan Edrie Hashim akan berlagu di lokasi cukup berprestij iaitu Dewan Filharmonik Petronas (DFP).
Orkestra secara maya: Inisiatif Wisma Putra rai 'Perpaduan dalam Kepelbagaian'
Bersesuaian dengan semangat dan nilai 'Perpaduan dalam Kepelbagaian', Wisma Putra bersama MPO dan DFP mempersembahkan 60 pemuzik dari 26 negara.