Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
HIBURAN

"Ia bukan sekadar..." - Afgan keluar album baharu berjudul Retrospektif

Gempak 21/11/2025 | 04:30 MYT
Retrospektif yang juga album ketujuh Afgan menjadi penanda penting dalam perjalanan seni dan peribadinya. - Gempak
SELEPAS tujuh tahun tidak muncul dengan album penuh berbahasa Indonesia, penyanyi tersohor Afgan kembali dengan naskhah terbaharu berjudul Retrospektif.


Ringkasan AI
  • Afgan kembali ke arena muzik Indonesia dengan album terbarunya, "Retrospektif", selepas tujuh tahun vakum dari album penuh, menampilkan lagu-lagu seperti Kacamata, Misteri Dunia, dan Peluk yang mencerminkan proses jatuh bangun serta penghayatan diri yang jujur.
  • Album ini mencerminkan matangnya Afgan sebagai artis, menampilkan refleksi mendalam tentang pengalaman hidup dan muziknya, menurutnya sebagai ruang renungan peribadi yang lebih intim dan telus.
  • Penerbit album, Petra Sihombing, mengakui proses kreatif Afgan dalam pencarian identiti muzik yang indah, serta menggambarkan "Retrospektif" sebagai perjalanan pulang kepada akar muzik yang bermakna, membawa pendengar merasai kisah kehilangan dan ketulusan.


Album ketujuh ini menjadi penanda penting dalam perjalanan seni dan peribadinya, menampilkan refleksi mendalam mengenai proses jatuh bangun serta bagaimana Afgan menemukan semula suara paling jujur dalam dirinya.

Antara lagu yang ditampilkan dalam album ini ialah Kacamata, Misteri Dunia, Sebentar, Silakan, Peluk dan banyak lagi.

Karya ini turut menandai kepulangan Afgan ke akar muzik pop Indonesia yang membentuk identitinya sebagai seorang anak seni.

Menurut Afgan, Retrospektif hadir sebagai ruang renungan peribadi, di mana Afgan menulis dan merakam lagu-lagunya dengan pendekatan yang lebih intim dan telus.

"Album ini bukan sekadar menoleh ke masa lalu, tetapi menjadi cara memahami perjalanan yang membentuk diri dari aspek kehidupan mahupun pengalaman muzik.

“Selepas bertahun-tahun bereksperimen, saya ingin kembali ke akar yang pernah mendewasakan saya. Tapi kali ini dengan hati yang lebih matang, jujur dan sedia berbagi cerita,” katanya.

Secara keseluruhan, Retrospektif adalah potret kematangan Afgan sebagai pemuzik dan insan. Album ini bukan mengenai nostalgia, tetapi penerimaan dan penghargaan terhadap perjalanan hidup.

“Saya ingin orang yang mendengar album ini rasa ditemani. Buat saya, Retrospektif adalah perjalanan pulang ke tempat di mana saya pertama kali menemukan makna muzik dan jujur sama diri sendiri,” ujarnya lagi.

Penerbitnya, Petra Sihombing menyaksikan sendiri bagaimana Afgan melalui proses pencarian kreatif sepanjang penghasilan album ini.

“Saya menyaksikan seseorang melewati proses pencarian itu adalah perkara yang sangat indah. Tenaga itu yang buat album ini berasa sangat peribadi kerana kita tidak tunggu inspirasi datang, tapi mencarinya bersama,” jelas Petra.

Retrospektif kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital bermula 19 November 2025, membawa pendengar menyelami kisah perjalanan, kehilangan dan ketulusan yang menjadi inti karya seorang Afgan. -- Gempak






#Afgan #album baharu #Retrospektif #penyanyi Indonesia