ENTERTAINMENT

Ibu Ben Stiller meninggal dunia, selebriti kongsi kesedihan

Madiha Abdullah 25/05/2015 | 14:29 MYT
Anne meninggal dunia Sabtu lalu pada usia 85 tahun.
Pemergian aktres veteran, Anne Meara, bukan sahaja ditangisi anaknya, pelakon Ben Stiller, tetapi juga ramai rakan artis.

Anne meninggal dunia Sabtu lalu pada usia 85 tahun. Bagaimanapun, punca kematiannya tidak didedahkan.

Antara yang berkongsi kesedihan adalah Debra Messing, Sarah Michelle Gellar, dan Leah Remini.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ben, di laman Twitternya turut mengucapkan terima kasih di atas ucapan simpati yang diterimanya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Anne merupakan aktres yang terkenal sekitar tahun 60an dan 70an melalui siri komedi yang dilakonkan bersama suaminya, Jerry Stiller, iaitu Stiller & Meara. Selain itu, dia juga dikenali dengan watak Mary Brady dalam siri Sex and the City.

Selain Ben, perkahwinan Anne dan Jerry selama 61 tahun itu juga dikurniakan seorang anak perempuan, Amy.
#Anne Meara #ben stiller #entertainment