HIBURAN

Ibu Hafiz Suip meninggal dunia

Astro Awani 10/11/2025 | 15:30 MYT
Allahyarham dimasukkan ke hospital beberapa hari sebelum pemergiannya akibat komplikasi penyakit kencing manis yang lama dihidapinya.
KUALA LUMPUR: Ibu kepada penyanyi terkenal Hafiz Suip, Halizawati Salleh, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Kuching pada malam Isnin.

Hafiz memaklumkan berita duka itu melalui hantaran di media sosial.

"Inalillahiwainailahirojiun, hilangnya doa seorang ibu," tulisnya ringkas.

Difahamkan, Allahyarham dimasukkan ke hospital beberapa hari sebelum pemergiannya akibat komplikasi penyakit kencing manis yang lama dihidapinya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam pukul 9.40 malam.

Pada 1 November lalu, Allahyarham Halizawati menghadiri Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip di Megastar Arena, Bukit Bintang,




#Hafiz Suip #ibu #meninggal dunia