awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Idayu juara AF Megastar 2017

Astro Awani
Astro Awani
22/10/2017
15:53 MYT
Idayu juara AF Megastar 2017
Idayu memukau penonton dan juri menerusi persembahan lagu 'My All' dan single terbaharu, 'Selamanya'. - Astro AWANI
Idayu dinobatkan sebagai Juara AF Megastar sekali gus meraih wang tunai berjumlah RM100,000 sempena konsert akhir pada Ahad malam.
Pemilik nama sebenar Nur Farah Idayu Yaakob itu turut memenangi hadiah percutian selama 10 hari ke Turki, e-Gift daripada Go Shop bernilai RM6,000 dan trofi.
Pada malam konsert akhir yang berlangsung di Royale Theatre Shah Alam, Idayu yang mula dikenali dari Akademi Fantasia 3 menyanyikan dua buah lagu iaitu 'My All' nyanyian asal Mariah Carey dan single terbaharu berjudul 'Selamanya'.
Konsert akhir tersebut turut mengumumkan Anugerah 'Ultimate Performer' yang diberikan kepada Syamel, sementara Marsha memenangi Anugerah Terlajak Laris D'Herbs.
Dikemudikan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi, tirai konsert akhir dibuka dengan nyanyian dua buah lagu oleh Joe Flizzow dan Sonaone dengan lagu Apa Khabar dan Havoc.
Penyanyi dan pelakon Alif Satar turut membuat persembahan bagi menyerikan perjalanan konsert itu.
Mengekalkan format 60 peratus markah juri dan 40 peratus undian penontot, konsert akhir ini menampilkan Datuk Awie selain mengekalkan Datuk Ramli MS dan Shafinaz Selamat sebagai juri tetap.
Berikut adalah senarai peserta dan lagu yang dipersembahkan oleh kelima-lima peserta akhir tersebut:
Bob Single baharu: Terbuang Dalam Pelukan Komposer - Hafiz Hamidun Lirik - Bob Yusof Lagu pilihan : Bukan Dia Tapi Aku - Judika
Marsha Single baharu : Hilang Komposer - Ezra Kong, Omar K, Dilyla Khalid Lirik - Ezra Kong, Omar K, Dilyla Khalid Lagu pilihan : Pilihlah Aku - Krisdayanti
Idayu Single baharu: Selamanya Komposer - Amylea Azizan Lirik - Amylea Azizan Lagu pilihan: My All - Mariah Carey
Syamel Single baharu: Biar Cinta Komposer - Syamel Lirik - Syamel Lagu pilihan : Seniman Menangis - Jamal Abdillah
Shahir Single baharu: Mama Jangan Pergi Komposer - Shahir & Awi Rafael Lirik - Shahir & Awi Rafael Lagu pilihan : Tapi Bukan Aku - Kerispatih
Topic Berkaitan
#AF Megastar
#Bob
#Idayu
#Marsha
#Shahir
#Syamel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan